• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Minta IWK Tangani Masalah Air Kumbahan

oleh Ahmad Albab
18/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Pengusaha sebuah restoran di Taman Serai di sini meminta Indah Water Konsortium (IWK) menangani segera masalah limpahan air kumbahan yang berlaku ketika hujan lebat kerana ia menjejaskan perniagaan.

Pemilik Restoran Chu’Lan Kopitiam, Nurhidayah Ramlan, 33, mendakwa beliau mengalami kerugian kira-kira RM1,500 sehari kerana terpaksa menutup restoran berikutan bau air kumbahan yang bertakung merebak sehingga ke dalam premis.

“Saya terpaksa menghentikan sementara operasi perniagaan sehingga sisa air kumbahan bertakung dibersihkan bagi menggelak pelanggan jijik dan hilang selera menikmati hidangan yang disajikan,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Beliau berkata masalah itu berlarutan sejak dua tahun dipercayai berpunca daripada sistem pengaliran kumbahan gagal menampung kapasiti air yang banyak ketika berlaku hujan lebat.

“Apabila sistem kumbahan tidak berfungsi dengan baik dan gagal menampung kapasiti air banyak semasa hujan lebat, laluan air akan tersumbat dan bertakung seterusnya melimpah masuk ke dalam restoran,” katanya.

Menurut Nurhidayah, pihak IWK sepatutnya menyelesaikan masalah sistem kumbahan tersekat dengan membuat saluran lain bagi melepaskan sisa ke parit besar yang terletak tidak jauh dari restoran.

“Bau busuk daripada sistem kumbahan itu juga mengundang kehadiran lalat dan tikus yang boleh menjejaskan mutu kebersihan premis perniagaan saya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Indah Water KonsortiumIWKrestoran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Takrif Semula Pendapatan B40, M40 Dan T20

Lelaki Mabuk Buat Kecoh, Gaduh Dengan Pekerja Restoran

24/02/2024
0

HULU SELANGOR: Berang dihalau kerana mengganggu pelanggan sedang menjamu selera, seorang lelaki dalam keadaan mabuk bergaduh dengan sekumpulan pekerja sebuah...

Tarif Perkhidmatan Pembentungan Kategori Domestik Diselaras Sejak Oktober 2022 – IWK

Tarif Perkhidmatan Pembentungan Kategori Domestik Diselaras Sejak Oktober 2022 – IWK

13/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) mengesahkan tarif perkhidmatan pembetungan bagi kategori domestik diselaraskan sejak Oktober lalu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd