• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Akan Terus Mendaki Gunung Loser” – Khairil Aslan

oleh Ahmad Albab
17/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – “Saya tidak serik, saya akan terus mendaki Gunung Loser mungkin pada tahun depan pula,” kata ketua kumpulan pendaki Malaysia yang terperangkap di Gunung Loser kerana cuaca buruk, Khairil Aslan Ab Rasid.

Katanya, kejadian yang berlaku adalah satu cabaran biasa bagi pendaki profesional dan insiden itu juga membolehkan dirinya lebih memahami gunung yang terletak di Kepulauan Sumatera itu.

“Terpulanglah kepada anggota kumpulan pendaki ini mahu menyambung misi pendakian ini atau sebaliknya tetapi saya mendaki Gunung Loser ini pada setiap tahun dengan jalur pendakian yang lain,” katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp.

Kesemua 13 pendaki Malaysia termasuk Khairil Aslan dilaporkan terperangkap di atas Gunung Loser di Aceh selama lima hari kerana cuaca buruk dan seorang daripada mereka Ahmad Nazit Rashid diserang hipotermia.

Pihak berkuasa Indonesia menerusi pasukan Badan SAR Nasional (Basarnas) telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat sebaik menerima laporan mengenai 13 pendaki Malaysia yang terperangkap akibat cuaca buruk dan ribut di atas gunung yang dikenali sebagai “paru-paru dunia” itu.

Mereka kemudiannya ditemui dalam keadaan selamat berhampiran Kem Kulit Manis 2 di gunung itu dan diturunkan dari gunung itu oleh pasukan mencari dan menyelamat petang semalam.

Khairil Aslan yang juga pendaki solo negara berkata, pasukan pendaki itu berupaya untuk mendaki gunung itu tetapi mereka harus lebih memahami keadaan cuaca sebelum memulakan ekspedisi.

Katanya, semua anggota kumpulan pendaki itu telah mempunyai ilmu untuk untuk hutan dan gunung dan kuasa Allah telah menyelamatkan kesemua mereka.

“Misi kali ini bukan kegagalan tetapi misi ini lebih mengenal Gunung Loser secara dekat bila alam mula berbicara, misi kali ini juga lebih mengajar erti setiakawan dan saling bantu membantu,” katanya.

Beliau juga berkata, pasukan SAR Indonesia telah menghulurkan bantuan secara berkesan dan pantas walaupun hanya menggunakan jalan darat manakala pihak Konsulat Malaysia di Medan juga telah banyak membantu sebagai penghubung antara SAR Indonesia dengan pihak kerajaan Malaysia dan kaum keluarga anggota kumpulan pendaki itu.

Kesemua pendaki yang menamakan kumpulan mereka sebagai Kumpulan Ekspedisi Unity Trans-Lung 2016 itu berlepas pulang ke tanah air dari Medan petang ini dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 9 malam. – BERNAMA

Tags: pendaki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

11/07/2024
0

RANAU: Seorang pelancong warga Singapura parah selepas tergelincir di kilometer 8.3, Summit Trail, ketika menuruni puncak Gunung Kinabalu, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd