• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petani Kerian Minta Bernas Kaji Semula Kadar Potongan Padi

oleh AK-47
16/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT BUNTAR – Kira-kira 300 petani daerah Kerian mengadakan perhimpunan secara aman di Kuala Kurau dekat sini bagi meminta Padi Beras Nasional (Bernas) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengkaji semula kadar potongan bagi pemutuan padi yang didakwa tinggi.

Wakil petani berkenaan, Samsuddin Sulaiman, 64, berkata kadar potongan oleh Bernas bagi musim ini antara 26 hingga 47 peratus bagi setiap 100 kilogram (kg) padi amat merugikan petani.

Menurutnya kadar potongan sebelum ini antara 21 hingga 23 peratus sahaja bagi 100kg.

“Kadar (peningkatan) kualiti (padi) musim ini begitu ketara dan petani mengalami kerugian antara empat hingga lima kilogram bagi setiap 100kg padi yang dijual.

“Kualiti yang tinggi ini sangat merugikan petani walaupun harga padi bagi setiap satu tan telah dinaikkan sehingga RM1,200,” katanya kepada pemberita.

Samsuddin yang juga ketua Unit Peladang Tanah Baru di sini berkata beliau sendiri mengalami kerugian lebih RM1,000 bagi dua hektar tanaman padi musim ini.

Kawasan Kerian mempunyai 21,000 hektar tanaman padi dan merupakan satu daripada kawasan jelapang padi di Perak dengan jumlah petani kira-kira 20,000.

Bulan lalu, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menegaskan lesen pembelian padi milik pembeli padi akan ditarik balik jika didapati menaikkan kadar kualiti padi sewenang-wenangnya kerana ia membebankan pesawah. – BERNAMA

Tags: BERNASpadi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyuarakan kebimbangan terhadap nasib pesawah padi yang didakwa paling terkesan susulan...

‘Pesawah Terima Bayaran RM10 Juta Dari Bernas Mulai Januari’

‘Pesawah Terima Bayaran RM10 Juta Dari Bernas Mulai Januari’

31/12/2022
2

Bantuan khas RM10 juta perkongsian untung Padiberas Nasional Bhd (Bernas) kepada pesawah akan dibayar secara berperingkat pada Januari ini, kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd