• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Running Man Ditamatkan Penyiaran Feb 2017!

oleh AK-47
17/12/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL – Program hiburan terkenal Korea Selatan, Running Man akan ditamatkan siaran pada Februari tahun depan.

Kesemua enam peserta sedia ada termasuk Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook yang sebelum ini dilaporkan akan meninggalkan program berkenaan bagaimanapun akan bertahan sehingga ke episod terakhir, lapor laman sesawang Koreaboo dan Apple Daily.

Broadcaster SBS dipetik oleh Koreaboo sebagai berkata dalam satu kenyataan:. “Para peserta dan penerbit Running Man berkumpul di Seoul hari ini untuk satu mesyuarat tergempar bagi mengatasi salah faham dan masalah komunikasi antara mereka.

“Selepas perbincangan yang panjang dan mendalam, kedua-dua pihak mengambil keputusan untuk menamatkan persembahan pada akhir Februari 2017.”

Bintang-bintang dan penerbit Running Man ‘tidak mahu menamatkan persembahan dalam keadaan sedih’ dan memutuskan untuk mengekalkan kesemua enam pelakon sedia ada.

Keputusan itu dibuat selepas SBS merancang untuk reboot semula program berkenaan pada tahun depan selepas Penyanyi Rap, Gary meninggalkannya untuk memberi tumpuan kepada muzik.

Pada hari Rabu, selepas Song dan Kim mengesahkan mereka akan meninggalkan Running Man, SBS berkata Penyampai, Kang Ho Dong akan menyertai program itu pada bulan Januari, seperti yang dilaporkan Yonhap News Agency.

Tetapi pada hari Khamis, Kang mengubah fikiran, selepas agensi Song mendapat tahu tentang pemergian beliau dari program hiburan berkenaan hanya melalui laporan berita.

Penerbit Running Man telah memohon maaf kepada Song dan Kim dalam satu kenyataan dan menyatakan berita yang tidak dijangka telah terbit tentang perubahan yang dirancang ke atas program itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Kim Jong KookRunning ManSong Ji Hyo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Sempat Kahwin, Kim Joo Hyuk Maut Kemalangan

31/10/2017
0

PELAKON popular yang merupakan anggota rancangan popular Korea Selatan, 2 Days 1 Night, Kim Joo Hyuk telah meninggal dunia di...

Kang Gary Umum Kahwini Gadis Biasa Secara Rahsia

06/04/2017
0

BEKAS anggota program candawara realiti popular Running Man, Kang Gary mengejutkan ramai peminatnya apabila mengesahkan dirinya telah selamat melangsungkan perkahwinan. Perkara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd