Ibu bapa manalah yang tidak  sedih mengenang nasib malang menimpa anak yang baru mencecah 7 bulan.
Tiada apa mampu dilakukan selain mengharap si anak kembali seperti sedia kala.
Malangnya, kos perubatan amat tinggi diperlukan bagi membiayai perubatan bayi kecil yang mengalami menyakit eczema dan turut berkait dengan paru-paru ini hingga tidak mampu diadakan ibu bapanya.
Si bapa hanyalah pemandu lori, manakala ibunya pembantu am rendah.
Ditambah kondisi sekarang, ibu bayi ini terpaksa mengambil cuti tanpa gaji bagi menjaga anaknya yang sedang sakit.
Namun, hati ibu mana yang mampu membiarkan anak tersayang menderita kesakitan selain sentiasa berdoa moga penyakit yang menimpa segera pulih.
Gambar bayi ini menjadi viral dan mengundang simpati pengguna Facebook apabila melihat penderitaan bayi malang ini.
Gambar bayi ini sebenarnya disebarkan rakan yang mengenali keluarga malang ini, dengan harapan ada pihak yang dapat membantu meringankan sedikit penderitaan ditanggung.
Bagi yang ingin membantu bolehlah menghubungi nombor talian yang diberikan di atas ini atau menderma menerusi nombor akaun Maybank milik Siti Fatimah Nur Binti Mohamad Yusof – 164128560082. – MYNEWSHUB.CC

