• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wajib Ada Lesen Khas Umrah Mulai Oktober 2017

oleh Ahmad Albab
16/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Semua agensi pelancongan yang ingin mengendalikan pakej umrah perlu mempunyai lesen khas umrah bermula 1 Okt tahun hadapan yang dikeluarkan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, kata Timbalan Menterinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Beliau berkata tujuan pengenalan lesen khas tersebut adalah bertujuan untuk memantau dan mengelak kes penipuan umrah berulang lagi pada masa akan datang.

Jika sebelum ini mana-mana syarikat yang menjalankan aktiviti pengendalian ibadah ke umrah hanya perlu mendapatkan lesen perjalanan ke luar negara (outbound) namun bermula Oktober tahun hadapan mereka perlu mendapatkan kedua-dua lesen iaitu lesen outbound dan lesen khas umrah, katanya.

Katanya, antara prasyarat untuk memperoleh lesen tersebut adalah para pengendali umrah perlu menjalani kursus pemantapan pengendali umrah (KPPU) yang dianjurkan oleh kementerian selama dua hari.

“Kursus ini adalah wajib dan perlu dihadiri semua agensi pelancongan yang ingin menawarkan perkhidmatan pakej umrah dan sehingga kini 60 syarikat telah menjalani kursus tersebut,” katanya dalam sidang media di kementeriannya di sini hari ini.

Mereka yang gagal mendapatkan lesen bakal dikenakan tindakan denda RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun termasuk berhadapan pembatalan lesen pelancongan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 Seksyen 5(2), katanya.

Menurut Mas Ermieyati, dianggarkan seramai 2,000 jemaah umrah telah terperdaya dengan kegiatan pakej umrah murah pada tahun ini, namun sehingga hari ini hanya satu aduan rasmi dibuat kepada kementeriannya.

Bagaimanapun aduan yang diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan daripada 2014 hingga Oktober tahun ini, sebanyak 3,482 kes direkodkan dengan jumlah tuntutan dari pengguna sebanyak RM21.28 juta, katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa hanya syarikat berbentuk Sdn Bhd yang dibenarkan menjalankan aktiviti pelancongan termasuk pakej ke umrah.

“Organisasi yang berbentuk koperasi dan yayasan tidak dibenarkan untuk melakukan aktiviti pelancongan kecuali dengan menubuhkan anak syarikat berstatus Sdn Bhd dan mempunyai lesen daripada kementerian,” katanya, sambil menambah kementerian tidak mengiktiraf penggunaan wakil syarikat dan ejen agensi pelancongan selain kakitangan mereka sahaja.

Dalam pada itu, Mas Ermieyati memaklumkan bahawa harga siling pakej umrah ekonomi yang telah dipersetujui oleh anggota Majlis Kawal Selia Umrah bagi tempoh 12 hari 10 malam adalah sebanyak RM4,900 untuk tahun ini.

“Namun harga ini adalah tidak termasuk dengan kos kenaikan harga visa sebanyak SR2,000 yang baru diperkenalkan kerajaan Arab Saudi kepada jemaah yang pergi untuk kali kedua dan seterusnya,” katanya.

Menurutnya, jemaah yang hendak menunaikan umrah kali pertama, kadar visa adalah percuma.

Mengenai viral di media sosial mata wang Ringgit tidak diterima di Arab Saudi, Mas Ermieyati menegaskan ia tidak benar.

“Pihak pengurup wang di sana masih lagi menerima Ringgit Malaysia untuk ditukarkan kepada Riyal berdasarkan kadar pertukaran semasa,” katanya. – BERNAMA

Tags: umrah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Cadang Bina Terminal Khas Jemaah Haji, Umrah

Malaysia Cadang Bina Terminal Khas Jemaah Haji, Umrah

24/05/2024
0

SHAH ALAM - Kerajaan Malaysia memberi cadangan kepada Arab Saudi untuk membina terminal khas bagi membantu memudahkan urusan jemaah haji...

Anwar Berlepas Dari Riyadh Ke Jeddah Untuk Tunai Umrah

Anwar Berlepas Dari Riyadh Ke Jeddah Untuk Tunai Umrah

12/11/2023
0

Riyadh : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas dari Riyadh ke Jeddah bagi menunaikan umrah bersama isteri Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd