• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tampil Segak Demi Peminat, One Gigih Bina Otot

oleh AK-47
17/12/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENAMPILAN salah seorang anggota kumpulan Forteen iaitu One dilihat banyak berubah berbanding mula-mula menceburkan diri dalam industri seni tanah air.

One atau nama sebenarnya Muhammad Ridzuan Sharifuddin galak menayangkan otot lengannya yang semakin sado dan kekar melalui laman Instgram peribadinya.

Tampil Segak Demi Peminat, One Gigih Bina Otot
Perbezaan ketara dahulu (kiri) dan sekarang.

Tampil Segak Demi Peminat, One Gigih Bina Otot

Tampil Segak Demi Peminat, One Gigih Bina Otot

Menerusi laman sosial itu, jejaka berusia 30 tahun ini sering berkongsi foto-fotonya sedang ‘beraksi’ di gymnasium.

Menurut portal Astro Gempak, One menafikan perubahan bentuk fizikal badannya adalah bertujuan untuk menjadi ahli bina badan tetapi sekadar untuk menyerikan penampilan dan tampil lebih segak di hadapan peminatnya.

“Memang betul saya besarkan lengan untuk menambahkan lagi seri penampilan saya yang sebelum ini agak kurus sedikit.

“Ramai yang bertanya saya berusaha keras membentuk badan ini, untuk masuk pertandingan bina badan ke?

Saya jawab tidak, kerana perubahan ini saya lakukan untuk menjaga imej saya sebagai seorang penyanyi agar kelihatan lebih segak apabila berhadapan dengan orang ramai,” jelasnya.

Perubahan yang ditonjolkan oleh One mendapat reaksi positif daripada peminatnya malah dia juga tidak lokek berkongsi tips untuk mendapatkan susuk tubuh sepertinya.

“Saya terbuka untuk berkongsi tip dengan kawan-kawan atau dengan sesiapa saja bagaimana rutin harian saya untuk membuat badan ini.

“Apa yang saya buat ialah 30 peratus adalah bersenam di gym dan 70 peratus adalah menjaga pemakanan,” jelasnya.

Tambah jejaka kelahiran Ipoh ini lagi, dia mengelakkan minuman manis dan mengamalkan memakan berang perang demi mendapatkan bentuk badan idamannya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Astro Gempak

Tags: bina badanOne Forteensegak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Bina Badan 55 Tahun Seiras Master Roshi!

24/02/2019
0

SEORANG ahli bina badan kelahiran Vietnam berusia 55 tahun digelar sebagai 'Master Roshi' kerana dirinya yang iras seperti karakter dalam...

Buda Anchah Azam Raih Pingat Emas Di Seoul Tahun Hadapan

18/12/2018
0

KUCHING - Atlet bina badan negara, Buda Anchah, 46, berazam untuk meraih pingat emas dalam kejohanan bina badan di Seoul,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd