• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Arked Niaga Padang Besar Cekik Darah Bak Hang’

oleh AK-47
17/12/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“KEPADA Majlis Perbandaran Kangar (MPK), mohon tolong tengok sat berkaitan pengusaha gerai makanan di Arked Niaga Padang Besar, harga melampau-lampau, dah la warga asing.”

Itu luahan tidak puas hati seorang pengguna Facebook terhadap sebuah gerai makanan di Padang Besar, Perlis, di sini gara-gara mengenakan harga makanan yang tidak munasabah.

Menurut Humunir Hamzah, dia terkejut setelah melihat bil makanan yang diterima selepas menjamu selera bersama dua rakannya di gerai berkenaan yang dipercayai milik warga Thailand.

“Kami pesan nasi kosong, telur dadar dan sup perut untuk dua orang makan, manakala seorang lagi pesan kway teow dan tom yam daging dan kami semua minum tiga gelas air teh o ais. Tahu berapa harga dikenakan? RM42!

'Arked Niaga Padang Besar Cekik Darah Bak Hang'

“Bila ditanya, kenapa mahal sangat, pengusaha itu memberikan alasan bahawa nilai mata wang Malaysia jatuh dari mata wang Thailand.

“Dia tak tahu ke yang dia berniaga di Malaysia, bukan di Thailand dan sudah tentu mereka perlu menggunakan mata wang Malaysia,” katanya.

Berdasarkan komen netizen pada aduan Hamunir itu juga mendedahkan mereka pernah menjadi mangsa gerai berkenaan.

“Baru jaa terkena sebab mak yang pi bayaq, dua pulut durian, satu pulut mangga satu kerabu meggi ,tiga sirap, semua sekali dalam RM 40.00,” tulis Cik Ika.

“Ramai orang dah kena memang mahal melampau. Kami dah kena sejak tu kami pi Padang Besar tak makan dah di sana,” kata Ros Chempawan.

Sementara itu, Norsyaleewati menulis; “Saya pun dah kena, betul-betul mahal situ, kerabu megi bodo je pun dah RM8, bukan ada bahan banyak pun, tak termasuk yang lain, lepas ni kalau pi tak akan makan dah di situ 😶.”

Dalam pada itu Reswan Ramli turut memuat naik komen; “Pulut pelam tiga hiris sahaja RM7, Pulut durian tiga ulas sahaja RM12. Nalaaaaa… punya harga.”

Justeru, Hamunir mendesak agar pihak berwajib mengambil tindakan terhadap pengusaha gerai makanan milik warga asing terbabit yang telah mengambil kesempatan terhadap pelanggan di atas alasan yang tidak munasabah.

Dalam laporan Harian Metro, 13 Oktober lalu, anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis pernah menyerbu gerai makanan di kawasan tumpuan pelancong itu.

Bagaimanapun, KPDNKK mengatakan bahawa tiada kesalahan yang dilakukan oleh pengusaha makanan kerana setiap premis mematuhi peraturan dengan meletakkan tanda harga makanan di setiap premis mereka.

Malah, KPDNKK Perlis menganggap harga makanan di situ tidak mahal. – MYNEWSHUB.CC

Tags: KPDNKKmahalmakanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Masih Mahal Kerana Harga Beli Sudah Berubah – PM Anwar

Harga Minyak Masih Mahal Kerana Harga Beli Sudah Berubah – PM Anwar

18/04/2026
0

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan harga minyak masih tinggi walaupun kapal Malaysia telah melepasi Selat...

Ramai Pemilik 4×4 Mahu Lepaskan Kenderaan?

Ramai Pemilik 4×4 Mahu Lepaskan Kenderaan?

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Kenaikan mendadak harga diesel didakwa memberi kesan besar kepada pemilik kenderaan pacuan empat roda (4x4) apabila ramai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd