• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAM Taja Keluarga Faiz Subri Ke Zurich, Switzerland

oleh Ahmad Albab
15/12/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menaja tiket penerbangan untuk keluarga Mohd Faiz Subri ke Zurich, Switzerland bagi menghadiri Majlis Anugerah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 pada 9 Jan depan.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, FAM akan menaja tiga tiket penerbangan kelas perniagaan untuk isteri pemain Pulau Pinang itu, Norzawanis Hashim, 29, serta dua anaknya, Akif Fayyadh, 4, dan Muhammad Aqil Zayyan yang berusia lapan bulan.

Mereka akan ditemani Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah ke majlis anugerah berkenaan.

“Penajaan tiket penerbangan itu adalah sebagai menghargai kejayaan Mohd Faiz mencipta sejarah menjadi pemain pertama Malaysia tercalon bagi anugerah tahunan gol tercantik iaitu Anugerah Puskas FIFA,” kata Hamidin menerusi satu kenyataan.

Menurutnya, FAM juga sudah menerima surat rasmi daripada FIFA berhubung butiran lengkap aktiviti dan program sepanjang majlis anugerah berkenaan.

Pada 2 Dis lepas, FIFA menerusi laman web rasminya www.fifa.com mengumumkan gol ajaib Mohd Faiz tersenarai antara tiga calon akhir untuk Anugerah Puskas bersama pemain kelab Corinthians dari Brazil, Marlone, 24 dan pemain wanita Daniuska Rodriguez dari Venezuela.

Anugerah Puskas dinamakan sempena penyerang legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjulang tiga gelaran Eropah bersama pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid dari 1959 hingga 1966.

Sejak pertama kali diperkenalkan pada 2009, anugerah yang bertujuan mengiktiraf gol tercantik sepanjang tahun telah dimenangi beberapa bintang dunia antaranya Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar Jr dan James Rodriguez. – BERNAMA

Tags: Faiz Subri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Bakal Calon Kapten Skuad Harimau Kumbang?

14/01/2018
0

GEORGE TOWN - Persoalan misteri siapakah bakal dilantik sebagai kapten baharu Pulau Pinang dalam menghadapi Liga Perdana bermula awal bulan...

Faiz Subri, Jafri Sedia Berkelana Ke Pasukan Lain

23/10/2017
0

KUALA LUMPUR – Dua pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri dan Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew bersedia mempertimbangkan tawaran beraksi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd