• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peugeot Malaysia Rancang Lancar 5 Model Baharu 2017

oleh Ahmad Albab
15/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Nasim Sdn Bhd, pengedar rasmi kenderaan Peugeot di Malaysia, berhasrat melancarkan lima model baharu pada 2017, walaupun 2016 merupakan tahun yang mencabar bagi industri automobil.

Model-model baharu yang diperkenal ialah 208 PureTech, kenderaan utiliti sukan (SUV) 2008 PureTech, SUV 3008 serba baharu, Traveller dan SUV 5008 serba baharu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Naza Corporation Holdings Sdn Bhd Datuk Samson Anand George berkata Nasim telah melabur sebanyak RM5 juta pada 2016 bagi menawarkan pelbagai perkhidmatan bagi memastikan kepuasan pelanggannya.

“Perkhidmatan ini termasuklah pusat teknikal baharu, pusat pengecatan kenderaan serta menawarkan bantuan di jalan raya secara percuma selama tiga tahun,” katanya.

“Berkenaan prospek pada 2017, model-model utama seperti 208 PureTech, SUV 2008 PureTech, SUV 3008 serba baharu, SUV Traveller 5008 serba baharu akan terus memperkukuh aspirasi Peugeot bagi memberi pengalaman pemanduan yang inovatif kepada pelanggan kami,” katanya.

Nasim merupakan anak syarikat milik penuh syarikat Kumpulan Naza. – BERNAMA

Tags: peugeot
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peugeot 3008 Menangi Kereta Terbaik Tahun Ini

06/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Kenderaan utiliti sukan (SUV) Peugeot 3008 memenangi anugerah Kereta Terbaik Tahun 2018 anjuran Institut Automotif Malaysia (MAI)...

Peugeot Sasarkan Jualan Unit Sebanyak 2,500 Untuk 2017

11/01/2017
0

PETALING JAYA - Anak syarikat Naza Corp Holdings Sdn Bhd, Nasim Sdn Bhd, yang merupakan pengedar rasmi untuk Automobiles Peugeot...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd