• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteri Merajuk Sampai Ke Mati Di Shah Alam

oleh Ahmad Albab
20/11/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Shah Alam – Perselisihan faham dengan suami dipercayai menjadi punca seorang isteri terjun ke dalam Sungai Klang dalam kejadian di Jalan Kemuning Palma, Kemuning Utama, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 malam, mangsa, Ling Siew Lin, 48, dikatakan ke sungai berkenaan sebelum terjun dan mayatnya ditemui satu kilometer dari tempat dia terjun oleh anggota bomba dan penyelamat jam 10.45 pagi, semalam.

Adik Siew Lin yang enggan dikenali berkata, kakaknya keluar rumah kira-kira jam 9 malam selepas bertengkar dengan suami, tetapi tidak diketahui arah tujunya.

“Ketika kakak hendak terjun di sungai itu, ramai orang di situ, tetapi mereka tidak sempat menghalangnya.

“Saya tidak tahu punca kakak bertengkar dengan suaminya sehingga mengambil keputusan berkenaan,” katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, semalam.

Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Shah Alam Penguasa Kanan Bomba II Ahmad Zaidi Safuan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai mengenai kejadian itu jam 10.05 malam.

“Berikutan itu, sepasukan 12 anggota Bomba dan Penyelamat termasuk dari Unit Skuba Selangor bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

“Selepas lebih 12 jam operasi mencari dan menyelamat dijalankan, mayat mangsa ditemui kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa didapati hilang,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ahmad Zaidi berkata, mayat mangsa dihantar ke HTAR untuk dibedah siasat dan suami mangsa sudah membuat pengecaman mayat isterinya. – myMetro Online

Tags: bunuh diriSuami Isteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

12/02/2026
0

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali hingga maut sebelum ditemui meninggal dunia di SPK Damansara, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd