• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bot Karam, Enam Warga Indonesia Terselamat

oleh AK-47
13/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Enam lelaki warga Indonesia nyaris lemas apabila bot tunda dinaiki mereka hampir tenggelam akibat cuaca buruk dan laut bergelora di perairan Batu Pahat, di sini, tengah hari semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pangkalan Batu Pahat, Let Kom Maritim Muhammad Zulkarnain Abdullah berkata kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari.

Menurutnya, bot itu dalam perjalanan dari Tembilahan, Indonesia menuju ke Batu Pahat dengan membawa 100 tan kelapa bulat.

“Sejurus menerima laporan, sebuah bot maritim ditugaskan ke lokasi kejadian dan berjaya mengesan bot yang hampir tenggelam di kedudukan kira-kira 14 batu nautika di muara Batu Pahat.

“Bagaimanapun, seorang tekong dan lima awak-awak berusia antara 25 dan 45 tahun yang berada dalam bot, telah diselamatkan lebih awal oleh sebuah bot perdagangan tukar barang Indonesia yang melalui kawasan itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Muhammad Zulkarnain kapal berkenaan menjadi terumbang-ambing apabila dibadai cuaca buruk, menyebabkan air laut mula memasuki bot.

Bot telah ditunda ke Pangkalan Maritim Batu Pahat untuk tindakan lanjut, katanya. – BERNAMA

Tags: bot karamwarga indonesia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Percutian Bertukar Tragedi, 15 Pelancong India Maut Bot Terbalik Di Phu Quoc

Percutian Bertukar Tragedi, 15 Pelancong India Maut Bot Terbalik Di Phu Quoc

12/07/2026
0

Oleh Mynewshub  HANOI – Seramai 15 pelancong India maut selepas sebuah bot laju yang membawa 36 individu terbalik berhampiran Pulau...

Hanya Kerana Guna Kicap, Amah Indonesia Dipaksa Minum Air Panas, Dipukul Hingga Gigi Patah

Hanya Kerana Guna Kicap, Amah Indonesia Dipaksa Minum Air Panas, Dipukul Hingga Gigi Patah

24/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu rumah warga Indonesia mendakwa didera teruk apabila disimbah air panas, dipukul dan dipicit payudara hingga luka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd