• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tolak Rayuan Pendakwaan Khairuddin, Chang

oleh Ahmad Albab
13/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bekas Naib Ketua Bahagian UMNO Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang Wen Chieh kekal bebas dengan ikat jamin sementara menunggu selesai perbicaraan mereka terhadap tuduhan cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara.

Ini berikutan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara menolak rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tahun lepas membebaskan kedua-dua mereka dengan ikat jamin.

Dalam keputusannya, beliau berkata tuduhan yang dihadapi oleh kedua-dua mereka di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan bukan kesalahan keselamatan, oleh itu prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 tidak terpakai dalam kes mereka.

Prosedur Sosma membenarkan seseorang yang dituduh tidak dibenarkan ikat jamin dan ditahan sementara selesai perbicaraan mereka.

Khairuddin, 54, dilihat memeluk Chang, 66, selepas keputusan mahkamah diumumkan dan beberapa orang yang duduk di galeri awam turut bertepuk tangan.

Hakim Tengku Maimun berkata Parlimen tidak mungkin berniat tuduhan seperti yang dihadapi kedua-dua itu sebagai kesalahan keselamatan untuk menggunakan Sosma.

Beliau berkata panel hakim mendapati tiada merit dalam rayuan pendakwaan.

Bersidang dengan beliau ialah Hakim Datuk Ahmadi Asnawi dan Datuk Kamardin Hashim.

Khairuddin dan Chang dituduh bersama-sama cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara di lima lokasi antara 28 Jun dan 26 Ogos tahun lepas. Kedua-duanya berdepan dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun jika sabit kesalahan.

Lima lokasi itu ialah pejabat Ketua Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Perancis di Paris, Balai Polis Charing Cross London, United Kingdom, pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern, Balai Polis WaiChan, Hong Kong, dan Ibu pejabat Polis Cantoment, Singapura.

Mahkamah Tinggi pada 18 Nov tahun lepas, membenarkan mereka diikat jamin selepas memutuskan bahawa tuduhan yang dihadapi kedua-dua mereka bukan kesalahan keselamatan dan tidak tertakluk di bawah Sosma.

Khairuddin dan Chang didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan (Akta 547) dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun, jika sabit kesalahan.

Selepas keputusan mahkamah, peguam Khairuddin Mohamed Haniff Khatri Abdulla memberitahu pemberita bahawa perkara itu ditetapkan untuk sebutan di Mahkamah Sesyen di sini esok bagi mahkamah memberikan arahan untuk langkah seterusnya.

Sementara itu, peguam Chang, Zainur Zakaria berkata keputusan Mahkamah Rayuan hari ini mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa hanya prosedur di bawah Akta Keterangan dan Kanun Acara Jenayah boleh terpakai bagi kesalahan yang dihadapi kedua-dua lelaki itu.

Timbalan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang Mahmud memberitahu pemberita bahawa beliau akan memaklumkan kepada pihak atasannya sama ada untuk membawa perkara ini ke Mahkamah Persekutuan.

Peguam Tommy Thomas menjadi peguam pemerhati bagi pihak Badan Peguam Malaysia. – BERNAMA

Tags: Khairuddin Abu HassanMatthias Chang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS, UMNO Perlu Bertaut Kembali – Khairuddin

PAS, UMNO Perlu Bertaut Kembali – Khairuddin

09/06/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS dan UMNO perlu mencari formula terbaik untuk kembali bertaut demi memastikan masa depan Melayu dan Islam...

Darurat: Mahkamah Batalkan Rayuan Khairudin

07/04/2022
0

PUTRAJAYA : Bekas Penyelaras Parlimen Jasin Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini gagal untuk mengembalikan saman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd