• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Pemain Bola Sepak Bukan Hamba Abdi” – TMJ

oleh Ahmad Albab
18/11/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penaung Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim meminta persatuan bola sepak di negara ini tidak menggunakan alasan kewangan untuk tidak membayar gaji pemain mereka.

Baginda bertitah, persatuan bola sepak terutama Selangor dan Perlis tidak boleh menggunakan alasan tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh atas isu tersebut kerana gaji pemain mereka tidak begitu tinggi.

“Saya menyeru agar masalah gaji diselesaikan dengan segera, terutamanya untuk pasukan Perlis dan Selangor. Usah gunakan alasan tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh kerana gaji pemain Perlis tidak begitu tinggi.

“Semua persatuan bola sepak dalam negara harus tahu bahawa pemain bola sepak adalah manusia juga, dan bukannya hamba,” titah baginda dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

Baginda yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) berkenan memenuhi permintaan PFAM pada 10 November lalu supaya menjadi penaung kepada persatuan yang bertujuan menjaga kebajikan dan masa depan pemain bola sepak negara ini.

Tunku Ismail dalam pada itu mendakwa cadangan Kementerian Belia dan Sukan mahu mengimport rumput dari luar negara untuk digunakan di Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai satu pembaziran.

Titah baginda, PBNJ menjalankan kerja-kerja pemulihan dan penyelenggaraan di Stadium Larkin dengan hanya kos RM150,000 setahun tetapi diiktiraf oleh delegasi pasukan AC Milan dan Borussia Dortmund.

“Ketua Pegawai Operasi Borussia Dortmund ada menyebut sesuatu kepada saya iaitu bola sepak dimainkan di padang dan bukannya di atas batu bata. Ertinya, tidak ada gunanya infrastruktur bertaraf dunia jika kondisi padang tidak sesuai dan tidak diselenggara dengan baik,” titahnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bola sepakTMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Dakwaan Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi bahawa UMNO Johor kononnya dikawal oleh Istana Johor boleh...

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

22/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 22 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd