• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuanku Abdul Halim Tiba Di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim

oleh Ahmad Albab
12/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Tuanku Hajah Haminah berangkat pulang ke Kedah sempena tamat tempoh lima tahun penggal pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Seri Paduka berdua diberi sambutan meriah penuh istiadat diraja dengan kehadiran tetamu kehormat dan lebih 15,000 rakyat jelata.

Pesawat khas yang membawa baginda berdua selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), di sini tepat 11.45 pagi ini. Sebelum itu pesawat berkenaan yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 11 pagi, diiringi tiga pesawat pejuang Sukhoi SU-30MKM.

Ketibaan baginda berdua diiringi Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid selaku menteri pengiring dan isteri Datin Seri Noraini Abdullah, serta Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan isteri, Datin Seri Hizam Awang Mahmud.

Baginda berdua kemudiannya disambut Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, serta anggota jemaah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim.

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah kemudiannya berangkat ke Pentas Diraja bersama-sama Tunku Sallehuddin yang juga Tunku Temenggong Kedah, sebelum kawalan kehormat mempersembahkan ‘Hormat Diraja’.

Sejurus selepas itu, lagu Negaraku dimainkan, disusuli 21 das tembakan meriam oleh Rejimen ke-tiga Artileri Diraja sebagai tanda kepulangan baginda berdua, sebelum bendera Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dikibarkan.

Tuanku Abdul Halim turut berkenan memeriksa barisan Kawalan Kehormat Utama dari Batalion ke-6, Rejimen Askar Melayu DiRaja, Kem Sultan Abdul Halim, Jitra yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota.

Sohibus Samahah Mufti Kedah Datuk Syeikh Baderuddin Ahmad kemudiannya membaca doa bagi memohon keberkatan majlis.

Sekali lagi, kawalan kehormat mempersembahkan ‘Hormat DiRaja’ dan selepas itu, lagu Negaraku dimainkan, baginda berdua berangkat turun dari pentas diraja dan bersalaman dengan para tetamu.

Baginda berdua yang kemudiannya diarak menaiki kereta khas dari LTSAH ke Istana Anak Bukit turut berkenan melambai kepada rakyat jelata yang menunggu di sepanjang jalan sejauh 4.7 kilometer dari Kepala Batas hingga ke Anak Bukit.

Ketibaan baginda berdua di Istana Anak Bukit turut disambut barisan Dato’ Bergelar Negeri Kedah dan diiringi paluan nobat dari pintu gerbang istana sehingga ke tempat letak kereta.

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah kemudian berkenan menyampaikan cenderahati kepada menteri-menteri dan kakitangan pengiring dari Kuala Lumpur sebelum berangkat ke majlis santapan diraja di Istana Anak Bukit yang dihadiri kira-kira 200 tetamu kehormat.

Tuanku Abdul Halim mencatat sejarah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali.

Kali pertama ialah sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima pada 21 Sept, 1970 sehingga 20 Sept, 1975 dan kali kedua pada 13 Dis, 2011 hingga hari ini.

Baginda akan digantikan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15. – BERNAMA

Tags: Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Unan Rasa Bertuah, 2 Kali Rasai Kemeriahan

12/12/2016
0

ALOR SETAR - Bukan sehari dirinya menabur bakti di Istana Anak Bukit, malah usianya sudah melewati waktu bersara yang sepatutnya....

Tuanku Abdul Halim Sentiasa Dalam Ingatan Rakyat

12/12/2016
0

KUALA LUMPUR - Tempoh lima tahun pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd