• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah 3 Beranak Maut Di LPT2 Selamat Dikebumikan

oleh Ahmad Albab
12/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan di kilometer 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) petang semalam, selamat dikebumikan pukul 10.30 pagi tadi.

Jenazah Mahani Ngah, 42, dan dua anaknya, Quratulnisa, 11, dan Ahmad Nijat, 9, disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Durian Guling, di sini.

Mohd Aziruddin Majid, yang merupakan adik ipar Mahani berkata suami mangsa, Ahmad Nasal Abd Rahman, 52, tidak dapat hadir kerana masih dirawat di Hospital Kemaman bersama seorang lagi anaknya, Ahmad Shakir, 12.

Dua lagi anak mangsa yang cedera parah iaitu Ahmad Mukriz, 3, dan Quratul Ain, 14, dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

6 Sekeluarga Maut, 4 Cedera MPV Terbabas Di LPT2

Kemalangan ngeri yang membabitkan 10 anggota keluarga itu berlaku selepas susur tol Chukai, kira-kira pukul 6 petang selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu Ahmad Nasal hilang kawalan ekoran satu tayar hadapan pancit lalu merempuh pembahagi jalan sebelum melanggar tiang hadapan.

Menurut Mohd Aziruddin, beliau pada awalnya telah menerima maklumat daripada rakan yang berada di tempat kejadian mengenai kemalangan itu tetapi tidak menyangka ia melibatkan ahli keluarga sendiri.

“Pukul 8 malam barulah saya dihubungi mengatakan kemalangan di LPT2 itu melibatkan kakak ipar saya sekeluarga. Mereka sepatutnya mengunjungi kami pada Selasa ini tetapi ubah jadual tanpa memberitahu.

“Mungkin mereka mahu buat kejutan, namun tidak menyangka perkara ini pula yang berlaku,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mahani yang berasal dari Terengganu merupakan seorang guru di Kodiang, Kedah.

Selain itu, turut maut dalam kemalangan tersebut ialah abang kepada pemandu iaitu Ahmad Razif Abd Rahman, 63, dan isterinya, Pauziah Awang, 56, serta cucu mereka, Sofea Adriana Shahruddin, 7.

Jenazah mereka akan dikebumikan di Seksyen 21, Shah Alam, Selangor tengah hari ini. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd