• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gempa Aceh: MERCY Malaysia Hantar Pasukan Beri Bantuan

oleh Ahmad Albab
10/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – MERCY Malaysia telah menghantar satu pasukan untuk memberi bantuan kecemasan kepada penduduk yang terjejas susulan gempa bumi bermagnitud 6.4 pada skala Richter yang melanda Aceh pada Rabu.

Presiden MERCY Malaysia Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata selepas insiden itu, MERCY segera menghantar pasukan tempatan mengandungi empat anggota, berpusat di Medan dan Banda Ache ke Meureudu, bandar yang teruk terjejas di daerah Pidie Jaya.

“Pada 8 dan 9 Dis, dua pasukan lain dari Ibu Pejabat Kuala Lumpur dihantar untuk menjalankan penilaian menyeluruh mengenai keperluan perubatan dan keperluan asas oleh penduduk yang terlibat.

“Pasukan Ibu Pejabat diketuai oleh Pengarah Pembangunan Strategik MERCY Malaysia Norazam Abu Samah dari Ibu Pejabat Kuala Lumpur dan terdiri daripada dua kakitangan logistik dan tiga kakitangan perubatan,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Ahmad Faizal berkata, hasil penilaian mendapati bahawa keperluan segera ialah penyediaan peralatan kebersihan dan keluarga bagi mereka yang ditempatkan di khemah-khemah untuk Pelarian Dalam Negara (IDP).

IDP berkenaan ialah Pusat Pemindahan Kampung Matang, Pusat Pemindahan Kampung Raya dan Pusat Pemindahan Kampung Dee.

“Pada fasa pertama respon kecemasan, 426 peralatan kebersihan dan keluarga telah diperoleh dari bandar Sigli yang berhampiran untuk diagihkan kepada satu daripada khemah IDP.

“Respon kecemasan ini dibiayai oleh Yayasan Maybank yang menyumbang RM250,000 untuk memenuhi keperluan segera serta keperluan masa depan hasil penilaian yang dijalankan di kawasan-kawasan terlibat,” kata beliau.

“Sepanjang tahun ini, kita telah melaksanakan beberapa projek kesihatan, air, sanitasi dan kebersihan (WASH) serta projek pembinaan di Aceh,” kata beliau.

Lebih 100 orang maut dan beribu-ribu kehilangan tempat tinggal apabila gempa bumi bermagnitud 6.5 mengikut skala Richter menggegarkan Pidie Jaya di timur Aceh pada Rabu.

Gempa susulan berukuran 3.9 pada skala Richter melanda wilayah yang sama malam tadi. – BERNAMA

Tags: Acehgempa bumi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KOTA KINABALU - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.57 pagi...

Wartawan CNN Indonesia Tumpah Air Mata Ketika Liputan Langsung Bencana Sumatra

Wartawan CNN Indonesia Tumpah Air Mata Ketika Liputan Langsung Bencana Sumatra

18/12/2025
0

ACEH TAMIANG, INDONESIA: Detik penuh emosi tercetus ketika wartawan CNN Indonesia, Irine Wardani, gagal menahan air mata sewaktu membuat liputan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd