• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sepasang Kekasih Dipenjara Kerana Curi 3 Helai Seluar Jeans

oleh AK-47
09/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sepasang kekasih hari ini masing-masing dipenjara tiga bulan dan lima hari oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku bersalah mencuri tiga helai seluar jeans bernilai RM737.90.

Majistret Husna Dzulkifly menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan terhadap Mohd Romzi Ahmad Arshad, 38, yang mempunyai rekod lampau berkaitan kes curi pada 2015.

Kekasihnya Nor Asikin Md Yusoh, 23, pula dijatuhkan hukuman penjara lima hari dan denda RM1,500 atau penjara dua bulan.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman itu dari tarikh mereka ditangkap pada 7 Dis.

Kedua-dua mereka didakwa mencuri tiga helai seluar jeans di Butik Zara di Pavilion, Bukit Bintang, 9.45 malam, 7 Dis lepas, mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda dan bagi kesalahan kali kedua atau seterusnya hendaklah dihukum penjara atau denda atau sebat.

Menurut fakta kes, Mohd Romzi mengambil tiga helai seluar jeans untuk mencuba di dalam bilik persalinan dan selepas beberapa minit, tertuduh keluar dari bilik berkenaan.

Kemudian tertuduh dan teman wanitanya yang keluar dari premis berkenaan dikejar oleh pekerja butik berkenaan dan mendapati tiga helai seluar jeans dan barang untuk memotong sensor (playar pemotong) bersama mereka.

Kedua-kedua tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan, manakala Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran. – BERNAMA

Tags: kekasihKes Curi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Biar Anak Gadis Dirogol Kekasih

Ibu Biar Anak Gadis Dirogol Kekasih

29/06/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang gadis menempuh detik hitam apabila dicabul dan dirogol kekasih ibunya sendiri dalam kejadian di sebuah kediaman...

Selepas Habis ‘Dikikis’, Wanita Dipukul Bekas Kekasih

Selepas Habis ‘Dikikis’, Wanita Dipukul Bekas Kekasih

17/01/2025
0

Sungai Petani : Akibat terpedaya dengan janji manis lelaki 'pisau cukur', seorang wanita mendakwa menjadi mangsa pukul bekas kekasihnya. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd