• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mekanik Didakwa Cuba Ragut Pelancong China

oleh Ahmad Albab
09/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang mekanik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuba meragut pelancong China, minggu lepas.

Mohamad Asyraf Mohd Shah, 21, didakwa cuba meragut Wu Ronghua di jalan berdekatan Tugu Negara, Persiaran Sultan Salahuddin, di sini, pada 4.20 petang, 3 Dis lalu.

Tertuduh yang diwakili peguam P. Muniswer didakwa mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shahida Wan Omar tidak menawarkan jaminan bagaimanapun jika mahkamah membenarkan jaminan, beliau memohon jumlah yang tinggi serta syarat-syarat tambahan lain dikenakan.

Hakim Rohatul Akmar Abdullah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkannya supaya melapor diri sekali setiap dua minggu di balai polis berdekatan serta dilarang mengganggu saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 23 Dis bagi sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: kes ragutMekanik
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Peragut Warga Emas Dicekup, Kes Selesai 24 Jam

Peragut Warga Emas Dicekup, Kes Selesai 24 Jam

27/05/2025
0

Georgetown: Lelaki warga tempatan berusia 29 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dengan kejadian ragut membabitkan wanita warga emas di Jelutong,...

Video Tular Dedah Kes Ragut di Taman Astakajaya, Segamat

Video Tular Dedah Kes Ragut di Taman Astakajaya, Segamat

06/04/2025
0

SEGAMAT, 5 April 2025 – Polis Daerah Segamat sedang giat menyiasat satu kes ragut yang tular menerusi rakaman video berdurasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd