• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkasa Peranan Pesara Guru Sebagai ‘Pemimpin Pendapat’

oleh AK-47
08/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JASIN – Kementerian Pendidikan akan terus memperkasa peranan pesara guru di negara ini kerana mereka diyakini mampu bertindak sebagai pemimpin pendapat’ dalam kalangan masyarakat.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pesara guru tidak seharusnya dipinggirkan kerana mereka merupakan golongan yang banyak berjasa terutama dalam memberi perkhidmatan pendidikan yang berkualiti kepada masyarakat.

“Justeru, kita akan sentiasa mencari elemen penting yang membolehkan pihak kita sentiasa dekat dengan mereka dan kita juga akan mewujudkan ‘hubungan’ antara kita dengan golongan pesara guru ini.

Ini kerana, walaupun mereka sudah bersara, namun ada antara mereka yang masih aktif menyalurkan pendapat dan melibatkan diri dengan kerja-kerja sosial seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO), koperasi dan badan-badan amal yang mempunyai kaitan dengan pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Guru Bersama Masyarakat: Guru Pembina Negara Bangsa peringkat negeri Melaka di Sekolah Kebangsaan Serkam Darat, Merlimau di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Mahdzir berkata, pesara guru turut diminta memberi sumbangan yang berterusan kepada kerajaan dan masyarakat bagi memastikan imej kepimpinan dan berpengaruh mereka akan terus terpelihara.

Terdahulu, Mahdzir berkesempatan meluangkan masa melawat pesara guru yang menghidap pelbagai penyakit antaranya kencing manis, strok dan kanser usus di empat rumah di sekitar Kampung Serkam Darat dan Taman Koperasi Serkam, di sini.

Beliau berkata program ini merupakan sebahagian inisiatif kerajaan menghargai pengorbanan pesara guru yang berkhidmat lebih dari 30 tahun dalam mendidik anak bangsa di negara ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Malaysia menghampiri skor negara Pertubuhan bagi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) berdasarkan peningkatan ketara laporan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2015 bagi tiga domain PISA iaitu literasi saintifik, literasi bacaan dan literasi matematik.

“Malaysia menunjukkan peningkatan ketara berdasarkan skor bagi ketiga-tiga literasi, malah lebih baik berbanding sebelum ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir KhalidPesara Guru
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Guru Rugi RM200,000 Ditipu ‘Wakil Pejabat Kesihatan’

Pesara Guru Rugi RM200,000 Ditipu ‘Wakil Pejabat Kesihatan’

29/03/2025
1

Kuantan: Pesara guru kerugian RM200,000 selepas terpedaya dengan kes penipuan secara dalam talian oleh 'wakil pejabat kesihatan'. Ketua Polis Pahang...

Projek Solar: Mahdzir Selesai Keterangan Di SPRM

30/11/2018
0

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, selesai memberi keterangan selama tiga jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd