• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ada Motosikal, Boleh Jadi Usahawan – Ismail Sabri

oleh Ahmad Albab
09/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Jika para belia mempunyai motosikal dan berminat berniaga, maka mereka boleh menyertai Projek Usahawan Bergerak atau Mobilepreneur yang peluangnya disediakan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mulai tahun depan.

“Saya nak maklumkan kita akan buka Mobilepreneur kepada belia yang mempunyai motosikal sendiri dan sekiranya berminat dengan projek ini, kita galakkan mereka untuk memohon.

“Ini bermakna kita akan gunakan motosikal sedia ada dan kita akan ubah suainya untuk disediakan tempat meletak peralatan (berniaga). Kita juga akan bagi peralatan dan latihan kepada mereka,” kata Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada pemberita semasa menghadiri majlis Mobilepreneur peringkat negeri Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata langkah diadakan projek itu ialah untuk melahir lebih ramai usahawan belia terutama di kawasan luar bandar yang tergolong di bawah kategori miskin tegar, miskin dan berpendapatan rendah.

Turut hadir pada majlis itu Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Ibrahim Ahmad dan Timbalan Pengerusi GiatMara, Datuk Armand Azha Abu Hanifah.

Ismail Sabri berkata belia yang berminat untuk menyertai projek Mobilepreneur boleh membuat permohonan secara terus di Cawangan GiatMara di negeri masing-masing.

“Kita mempunyai bajet berjumlah RM30 juta tahun depan, dan kita akan tengok sekiranya ramai yang berminat jadi Mobilepreneur yang menggunakan motosikal sendiri. kemungkinan kita akan kurangkan bilangan motosikal yang kita sediakan (untuk projek tersebut) sebelum ini,” katanya.

Pada majlis itu, beliau menyerahkan motosikal kepada 38 orang peserta Mobilepreneur dari Selangor yang menjalankan perniagaan merangkumi perkhidmatan makanan dan minuman, automotif, elektrikal serta Spa dan kecantikan. – BERNAMA

Tags: Ismail Sabrimotosikalusahawan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

‘Ini Kali Ke 4 Saya Disaman Bawa Motosikal Tanpa Lesen, Terpaksa Kerja Lepas Balik Sekolah Cari Duit Bayar Saman’ – Pelajar Tingkatan Empat

‘Ini Kali Ke 4 Saya Disaman Bawa Motosikal Tanpa Lesen, Terpaksa Kerja Lepas Balik Sekolah Cari Duit Bayar Saman’ – Pelajar Tingkatan Empat

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: "Ini kali keempat saya disaman atas kesalahan sama. Pada tahun lalu, tiga kali saya disaman kerana tiada lesen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd