• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4,500 Belia Berkemah Di MAHA Untuk Kenali Aspek Pertanian

oleh Ahmad Albab
08/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Seramai 4,500 belia bandar dan luar bandar berkhemah di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini di bawah program Nafas Agro Youth Camp untuk mengenali dengan lebih dekat konsep pertanian dan kerjaya yang dijana melalui pertanian.

Kumpulan belia berumur antara 18 tahun hingga 35 tahun itu berkhemah dalam tiga sesi sepanjang Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 yang akan berakhir Ahad ini, dengan setiap sesi melibatkan 1,500 peserta yang akan berkhemah selama tiga hari.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mencetuskan idea perkhemahan itu berkata perkhemahan julung kali itu adalah untuk golongan muda mendapat pemahaman serta memupuk cinta mengenai industri pertanian.

“Mereka melihat suasana MAHA 2016 khususnya di Laman Ternakan serta melihat bagaimana konsep keusahawan berkaitan pertanian.

“Peserta juga diajar untuk mengenali penat lelah seorang petani dalam menghasilkan makanan,” katanya selepas menyertai gotong-royong ‘go green’ bersama 1,500 peserta perkhemahan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia di sini.

Sesi pertama Nafas Agro Youth Camp itu diadakan pada 2 Dis lepas, sesi kedua bermula semalam dan sesi ketiga pada 9 hingga 11 Di­s ini.

Pada hari ini, Ahmad Shabery menemani Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melawat Pavilion Rumah Negeri Johor. – BERNAMA

Tags: BeliaMAHA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

18/05/2023
0

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan khutbah Jumaat di negeri ini esok bertemakan belia sempena Hari Belia Negara...

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

24/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) menyediakan RM330 juta, termasuk RM10 juta bagi membantu belia daripada keluarga susah,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd