• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wabak Malaria Dijangka Dapat Dikawal Sepenuhnya

oleh Ahmad Albab
08/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Wabak malaria di negara ini dijangka dapat dikawal sepenuhnya dalam masa terdekat jika ada kerjasama daripada masyarakat melalui aktiviti kawalan serta pencegahan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Beliau berkata keupayaan untuk mengawal penularan wabak berkenaan sangat tinggi berikutan penyakit itu boleh dirawat dengan ubat antimalaria berbanding tiada ubat khusus untuk rawatan bagi penyakit denggi.

“Kami yakin boleh mengawal wabak ini daripada terus menular, namun ia memerlukan kerjasama daripada penduduk di sesuatu kawasan kerana kaedah penyebaran malaria sama seperti denggi, chikugunya dan zika, yang kesemua penyakit tersebut disebarkan melalui vektor tertentu iaitu nyamuk.

“Paling penting mereka perlu mengikut nasihat yang diberikan oleh pegawai kesihatan di setiap kawasan termasuk menggunakan kelambu ketika tidur, datang ke klinik kesihatan berhampiran untuk melakukan pemeriksaan dan menerima rawatan yang secukupnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Rumah Terbuka Deepavali 2016 peringkat negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini malam tadi.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.

Pada 30 November lepas dilaporkan 93 kes jangkitan malaria dikesan dengan 57 pesakit dirawat di Hospital Gerik, Perak termasuk 37 kanak-kanak berumur bawah 12 tahun serta 12 pesakit lagi dirawat di Hopital Kuala Kangsar, Perak.

Dalam perkembangan lain, Dr Subramaniam berkata kebakaran kecil yang berlaku di Hospital Serdang, Selangor pada 9.16 pagi semalam dipercayai berpunca daripada kerosakan kapasitor lampu fluorescent di aras satu hospital tersebut.

Beliau berkata pihaknya telah mengadakan mesyuarat bersama pihak hospital terbabit dan meminta agar bahagian ke­juruteraan hospital melakukan pemeriksaan terhadap kesemua lampu di hospital yang mula beroperasi sejak Disember 2005 itu.

“Mana-mana lampu siling yang sudah lama atau gagal berfungsi, kita minta mereka tukarkan kepada lampu jenis diod pemancar cahaya (LED) kerana kami percaya lampu jenis LED kurang berisiko untuk terbakar berbanding lampu jenis fluorescent,” katanya.

Dilaporkan kebakaran tersebut dipadamkan kakitangan hospital sebelum anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat tiba di lokasi kejadian pada 9.26 pagi, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan susulan kejadian tersebut. – BERNAMA

Tags: Kes MalariaKKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd