• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelantikan Fahariyah Sebagai Senator Iktiraf Wanita Muda

oleh
07/12/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Pelantikan Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Datuk Fahariyah Md Nordin, 37, sebagai Anggota Dewan Negara merupakan pengiktirafan terhadap sumbangan wanita muda dalam memperkasakan pembangunan negara.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pihaknya bangga atas pelantikan Fahariyah yang berkuat kuasa hari ini kerana ia merupakan kali pertama anggota pergerakan itu diangkat sebagai senator.

Beliau yakin Ketua Puteri UMNO Bahagian Ledang yang mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam bidang politik itu, mampu melonjakkan lagi wanita muda ke tahap yang lebih tinggi dalam meneruskan perjuangan pergerakan parti tersebut.

“Saya berharap dengan rekod kepimpinan yang cemerlang, beliau (Fahariyah) akan terus bekerja keras dengan tanggungjawab yang diberikan, selaras dengan kepercayaan yang diamanahkan,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Fahariyah sebelum ini pernah menjawat beberapa jawatan penting termasuk Setiausaha Kerja Puteri UMNO yang pertama pada 2002, Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Setiausaha Sulit Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Beliau yang dilahirkan di Johor Bahru, Johor itu merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Manusia dari Universiti Putra Malaysia dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Malaya. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan DAP kebelakangan ini semakin biadap dengan menyanggah titah raja...

“Kalau Titah Sultan Pun Diperlekehkan Kerana Babi, Apa Lagi Yang Lain?” – Akmal Saleh

“Kalau Titah Sultan Pun Diperlekehkan Kerana Babi, Apa Lagi Yang Lain?” – Akmal Saleh

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menegaskan keputusan Barisan Nasional (BN) Johor untuk tidak bekerjasama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd