• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,400 Ekor Kura-Kura Cuba Diseludup Keluar – APMM

oleh Ahmad Albab
07/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang berpangkalan di sini merampas kira-kira 1,400 ekor kura-kura bernilai RM42,000 yang cuba diseludup keluar ke negara jiran pagi tadi.

Ketua Penguatkuasa APMM Kota Kinabalu, Laksamana Pertama Maritim, Adam Aziz berkata pihaknya pada mulanya menahan sebuah bot di perairan antara Pulau Sapi dan Pulau Manukan kira-kira pukul 3 pagi tadi.

“Bot berkenaan sedang bergerak dalam gelap menuju Pulau Mangalum dan terdapat enam awak-awaknya yang berusia antara 23 hingga 44 tahun di atasnya.

“Hasil pemeriksaan mendapati didapati beberapa buah bakul disembunyikan di bawah petak ikan yang mengandungi 1,400 ekor kura-kura. Sebanyak 200 daripada kura-kura berkenaan telah mati,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kura-kura berkenaan dikatakan diperoleh daripada kawasan Kinarut dan dipunggah di persisir pantai berhampiran Anjung Senja, Kota Kinabalu, sebelum dihantar ke dalam bot asing yang menunggu di perairan Pulau Mangalum.

“Haiwan-haiwan itu dipercayai bakal dijadikan hidangan eksotik di negara jiran (Vietnam) berkenaan,” kata Adam.

Kura-kura itu akan diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Tags: APMMkura-kura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd