• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Akan Mohon Sambung Reman 2 Lelaki Kes Tembak

oleh Ahmad Albab
06/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis akan memohon kepada mahkamah untuk melanjutkan perintah tahanan reman ke atas dua lelaki berhubung kes tembak di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini Khamis lepas bagi membantu siasatan, kata Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Ghafar Rajab.

Beliau berkata, tempoh reman dua tahanan berusia 37 dan 32 tahun yang merupakan pengawal peribadi dan rakan kepada Datuk Ong Teik Kwang, 32, yang terbunuh dalam insiden itu akan tamat esok.

“Saya juga telah arahkan pegawai penyiasat untuk mempercepatkan siasatan dan selepas itu kita akan serah kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya sebelum mendakwa pihak terlibat dalam kejadian itu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Bersama Pesara-Pesara Pegawai Kanan Polis di sini hari ini.

Beliau berkata setakat ini pihaknya sudah merekod 19 keterangan daripada saksi, mangsa dan anggota keluarga mangsa yang terlibat dan akan memanggil beberapa pihak lagi untuk direkodkan keterangan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Sebanyak 11 kelongsong peluru ditemui di tempat kejadian dan polis akan menutup jalan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan Jambatan Pulau Pinang bermula 10 pagi esok untuk siasatan menyeluruh termasuk mengetahui kedudukan sebenar suspek serta mangsa semasa tembakan rambang dilepaskan,” katanya.

Abdul Ghafar berkata kesemua mangsa dalam kejadian itu dilaporkan stabil dan mereka, termasuk jurukamera sambilan Radio Televisyen Malaysia Muhamad Amirul Amin Amir, 28, masih dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Ditanya sama ada Ong yang juga dikenali sebagai Datuk M (Datuk Muda), ahli perniagaan dan juga pemilik kelab memiliki rekod jenayah lampau, beliau berkata mangsa tidak mempunyai rekod jenayah tetapi pernah ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO) pada 2011.

Dalam kejadian 7.15 malam Khamis lalu, tiga lelaki termasuk Ong maut manakala lima yang lain cedera akibat peluru sesat daripada tembakan yang dilepaskan pengawal peribadi Ong.

Dalam perkembangan lain, Abdul Ghafar berkata polis sedang mengesan beberapa lelaki dipercayai kenalan kepada Ong yang terlibat dalam kejadian pukul seorang lelaki berusia 47 tahun sehingga cedera parah oleh sekumpulan suspek kerana menghina ahli perniagaan itu.

Katanya semua lelaki yang terlibat telah dikenal pasti dan polis percaya akan dapat menangkap mereka dalam tempoh terdekat.

“Mereka memukul mangsa kerana marah atas tindakannya menghina Ong dengan perkataan tidak menyenangkan di laman sosial. Susulan kejadian berkenaan polis menahan seorang lelaki dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Ekoran kejadian itu, mangsa mengalami lebam, bengkak dan luka di mata kanan, pipi, hidung, bahagian belakang badan serta kedua dua belah tangan dan mendapatkan rawatan di HPP. – BERNAMA

Tags: kes tembak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

25/11/2025
0

SEPANG: Lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil, Dengkil, di sini malam tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd