• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Patahkan 14 Cubaan Serangan Daesh Di Malaysia

oleh Ahmad Albab
06/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

AMMAN (Jordan) – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mematahkan 14 cubaan serangan keganasan oleh kumpulan militan Daesh di Malaysia.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata orang ramai hanya mengetahui serangan militan Daesh adalah di sebuah pusat hiburan di Puchong, Selangor pada 28 Jun lalu, sedangkan banyak cubaan kumpulan itu berjaya ditangani oleh polis.

“Ramai yang tidak percaya ancaman Daesh ini jelas dan wujud. Saya sudah bercakap tentang Daesh sejak 2013 tetapi lepas kes pengeboman di Puchong baru ramai percaya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja mengenai ‘Krisis Fahaman ISIS: Kesan, Pengaruh dan Pendekatan Pihak Berkuasa Malaysia’ semasa Seminar Menangani Keganasan Ekstremisme di Universiti of Jordan di sini baru-baru ini.

Ayob Khan bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci berkenaan cubaan serangan yang lain.

Beliau berkata Daesh banyak menggunakan media sosial semaksimum mungkin dalam merekrut anggota baharu dan menyebarkan ideologi mereka.

“Mereka ada beribu-ribu cybertroopers…selalu membalas apa yang kita uar-uarkan. Kumpulan ini ada televisyen dalam talian yang beroperasi 24 jam. Mereka juga ada laman web dan Twitter yang telah disekat. Sejak pertengahan tahun 2015 sehingga sekarang, sejumlah 360,000 akaun telah disekat,” katanya.

Katanya kumpulan itu juga menerbitkan majalah dalam talian ‘DABIQ’, dan semua ini menyebabkan pihak berkuasa juga perlu menekankan kepada media sosial untuk menanganinya.

“Mereka juga ada lima kumpulan penggodam. Ada seorang warga Kosovo yang menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Malaysia telah menggodam laman web sebuah syarikat dan mencuri maklumat mengenai butir-butir peribadi tentera Amerika Syarikat dan menyalurkannya kepada kumpulan IS.

“Kita tangkap dan ekstradisi ke Amerika Syarikat dan dia telah pun dibicarakan dan dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara,” katanya.

Ayob Khan berkata kumpulan Daesh juga menggunakan 23 bahasa untuk menyebarkan ideologi mereka.

“Bagi statistik rakyat Malaysia di Syria pula adalah 27 orang lelaki, wanita (12), kanak-kanak lelaki sembilan orang, lapan kanak-kanak perempuan. Yang telah meninggal dunia 27 orang dan yang balik ke Malaysia lapan orang,” katanya.

Ayob Khan berkata polis tidak akan bertolak ansur dengan aktiviti militan dan akan terus menjalankan operasi terhadap mana-mana individu, kumpulan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan mereka yang melangkaui garisan keselamatan akan ditangkap tanpa mengira latar belakang.

“Kita telah menahan 260 orang dari pelbagai negara kerana penglibatan dalam kumpulan militan bermula dengan empat orang pada 2013, 59 orang pada 2014, 82 (2015) dan 115 (2016).

“Bagi rakyat Malaysia yang ditahan kerana penglibatan dalam kumpulan Daesh, 14 adalah tentera dengan empat daripadanya adalah komando. Tiga anggota polis kita tangkap…juga ditangkap imam masjid, pensyarah universiti dan pegawai kerajaan yang ada gelaran Datuk,” katanya. – BERNAMA

Tags: Daesh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

04/08/2023
0

BEIRUT : Kumpulan militan Daesh mengumumkan kematian pemimpinnya, Abu al-Hussein al-Husseini al-Qurashi yang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di barat laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd