• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Baidu Eye : Cermin Mata Pintar Dari China

oleh AK-47
04/09/2014
dalam Gajet, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Revolusi peranti boleh-pakai telah dimulakan oleh Google Glass dua tahun yang lalu.

Sehingga kini cermin mata pintar keluaran Google ini masih tidak terjual secara rasmi di Malaysia dan pemilikannya juga adalah cukup terhad.

Baidu, syarikat carian gergasi China yang boleh dilabelkan “browser google versi China” ini memperlihatkan cermin mata pintar mereka semalam yang diberi nama Baidu Eye.

Tidak seperti Google Glass, Baidu Eye tidak mempunyai sistem paparan skrin di hadapan mata pengguna.

Sebaliknya ia hanya dilengkapi kamera, mikrofon dan fon telinga.

Agak pelik apabila dikategorikan cermin mata pintar kerana tiada sebarang skrin paparan yang digunakan, tetapi itulah uniknya Baidu Eye ini.

Baidu-eye2

Menurut Baidu sistem paparan skrin mini yang digunakan Google tidak mesra pengguna dan hanya menghabiskan bateri.

Baidu Eye ditambat kepada telefon pintar anda dan segala maklumat yang anda mahukan akan dipaparkan pada skrin telefon apabila diperlukan.

Ini dilakukan dengan aplikasi khas Baidu yang boleh mengesan objek apa yang anda sedang lihat dan mengenalpastinya untuk anda.

Selain mengesan objek yang dilihat, Baidu Eye menyokong kawalan suara dan kawalan pergerakan tangan anda.

Tiada maklumat penuh mengenai spesifikasi cermin mata pintar ini, peranti yang disokong ataupun bila ia akan memasuki pasaran.

Baidu hanya memperlihatkan prototaip ini untuk melihat reaksi orang ramai dan mendapatkan maklum balas pengguna.

Sumber: Fasco/ Amanz

Oleh: hzqahmd

Tags: gajet
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ustaz Ebit Lew Terima 43,000 Mesej Mohon Bantuan Tablet

22/01/2021
0

SHAH ALAM - Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew memaklumkan menerima 43,000 mesej atau lebih tepat 43,000 individu yang memerlukan kelengkapan...

Ibu Bapa Perlu Budayakan Etika Sihat Guna Gajet

27/11/2018
0

KENINGAU - Ibu bapa perlu membudayakan etika dan peraturan sihat dalam penggunaan gajet serta pelayaran siber dalam institusi keluarga masing-masing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd