• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Individu Aktif Samun, Pecah Rumah Sekitar Sentul Ditahan

oleh AK-47
06/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang dipercayai aktif melakukan kegiatan samun dan pecah rumah sekitar Sentul di sini ditahan di Jinjang Selatan pada Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Munusamy berkata lelaki berusia 38 tahun itu yang mempunyai 18 rekod jenayah dipercayai aktif melakukan kegiatan berkenaan sejak 2001.

Beliau berkata soal-siasat terhadap suspek turut membawa kepada penemuan sepucuk pistol jenis Sig Sauer dan satu kelopak peluru yang mengandungi 10 butir peluru 9 mm yang disembunyikan di sebuah kontena berdekatan.

“Kami turut menemui sebilah parang dan gergaji dipercayai digunakan suspek untuk kegiatan pecah rumah dan samun.

“Pihak kami masih menyiasat daripada mana suspek memperoleh pistol itu dan adakah suspek terlibat dalam jenayah lain,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Munusamy berkata dalam kes terbaharu, lelaki berkenaan dipercayai terlibat dalam cubaan pecah masuk sebuah premis menjual kamera litar tertutup dan alat pejabat di Taman Jinjang Baru pada Ahad lepas.

“Namun suspek gagal selepas pemilik kedai dapat kesan cubaan pecah masuk itu dan segera melaporkan kepada pihak polis,” katanya.

Beliau berkata suspek ditahan reman selama lima hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960. – BERNAMA

Tags: ACP R. Munusamy
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd