• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Kekal Komited Terhadap Falsafah 1Malaysia

oleh AK-47
04/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan kepada rakyat bahawa kerajaan kekal komited terhadap falsafah 1Malaysia dan akan memastikan setiap warganegara ada tempat di bumi Malaysia.

Beliau berkata perpaduan negara merupakan teras paling penting untuk negara mencapai keamanan, kemakmuran dan kestabilan yang telah menyumbang kepada kemajuan pesat yang telah dicapai negara sejak beberapa dekad lepas dan masa akan datang.

“Sebagai sebuah negara, kita perlu saling bekerjasama dan menerima perbezaan kita demi masa depan negara. Kita perlu terus menghormati perbezaan kita dan mempertahankan cara hidup kita.

“Majoriti rakyat Malaysia yang mengamalkan kesederhanaan dan membisu selama ini perlu lantang bersuara untuk didengari,” katanya dalam perutusan khas kepada peserta Forum Perpaduan Negara di sini hari ini.

Bertema ‘Memperkukuh Suara Kesederhanaan, Bersama-sama Bergerak Ke Hadapan’, forum sehari itu dianjurkan oleh Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI).

Najib juga berkata untuk memastikan perpaduan negara berkekalan, rakyat Malaysia perlu mendukung Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

“Dalam menyambut Hari Merdeka dan Hari Malaysia, mari kita bersama-sama bersatu sebagai satu negara, 1Malaysia,” katanya.

Beliau turut memuji ASLI yang menganjurkan forum itu, yang beliau sifatkan sebagai “tepat pada masanya” kerana Malaysia baru sahaja menyambut ulang tahun Kemerdekaan ke-57. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd