• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelancongan, Budaya Perlis Dipromosi Di Sri Lanka

oleh AK-47
06/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

COLOMBO – Infrastruktur ilmu, tarikan pelancong dan budaya Perlis dipromosikan di sini melalui program Promosi Masakan Perlis yang berlangsung di sebuah hotel yang terletak di pinggir pantai Mount Livinia dekat sini malam tadi.

Promosi anjuran Hotel Berjaya Colombo yang dimiliki pelabur Malaysia itu dirasmikan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Promosi dijayakan dengan kerjasama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Pejabat Tourism Malaysia Negeri Perlis, Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan BMC Travel Sdn Bhd.

Mereka bergabung tenaga mempromosikan pelbagai sektor terutama bagi memikat minat rakyat Sri Lanka melanjutkan pelajaran di Perlis atau sekurang-kurangnya melancong ke Perlis.

Majlis turut dihadiri pelbagai pihak termasuk operator pelancongan Sri Lanka yang menunjukkan minat untuk menyenaraikan Perlis dalam senarai pakej pelancongan mereka ke Malaysia.

Dalam promosi itu, para tetamu disajikan dengan masakan tradisional Perlis seperti nasi lemak, nasi goreng, ayam goreng, kangkung belacan dan sate di samping mereka dipertontonkan dengan seni tari budaya Perlis termasuk tarian canggung dan joget yang dijayakan oleh para pelajar UniMAP.

Promosi itu adalah antara pengisian program Jelajah Ilmu UniMAP ke Sri Lanka selama enam hari yang padat dengan pelbagai kegiatan termasuk melawat ke beberapa universiti terkemuka di samping meninjau sektor industri di Colombo dan Kandy.

Turut serta dalam delegasi itu ialah Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UniMAP, Prof Madya Dr Mohd Foad Sakdan dan Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof Madya Razli Ahmad.

Tuanku Syed Faizuddin dalam ucapan baginda berharap promosi masakan tersebut akan mendedahkan pelbagai peluang untuk rakyat Sri Lanka melanjutkan pengajian mereka di Perlis khususnya di UniMAP yang baginda menjadi Canselornya.

UniMAP yang diasaskan pada 2001 kini mempunyai kira-kira 14,000 pelajar termasuk pelajar antarabangsa daripada kira-kira 30 buah negara, namun belum terdapat pelajar dari Sri Lanka.

Baginda percaya landskap alam yang menarik, budaya masyarakat yang peramah dan lokasi pelancongan di pinggir sempadan Malaysia-Thailand mendamaikan sudah pasti akan menjadi tarikan pelancong Sri Lanka sebagaimana minat yang ditunjukkan pelancong dari negara lain. – BERNAMA

Tags: PelancongYTSP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Aktivis dakwah, Firdaus Wong Wai Hung mengemukakan beberapa persoalan kritikal berhubung penganjuran acara Rain Rave 2026 yang...

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd