• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ai Agro Star Sasar Jualan RM100,000 Di MAHA 2016

oleh AK-47
06/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Syarikat Ai Agro Star Holding Berhad, pengeluar minuman berasaskan bunga ‘roselle’, menyasarkan jualan sehingga RM100,000 menerusi dua produk baharu – Red Power dan Rovina Sparkling Roselle Drink, sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2016) di Serdang, Selangor.

Pengarah Urusannya Abdul Madik Muda berkata syarikat itu yakin sasaran tersebut berjaya dicapai dalam tempoh 11 hari pameran itu berlangsung.

“Dua produk itu dilancarkan sempena MAHA 2016. Red Power merupakan minuman bertenaga manakala Rovina Sparkling Roselle Drink pula minuman roselle asli yang kaya dengan vitamin C.

“Kedua-dua minuman dalam tin, masing-masing seberat 250ml, dijual pada harga RM2.90 setin,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Abdul Mudik berkata sempena pelancaran itu juga syarikatnya mengambil inisiatif dengan memaparkan logo ‘Visit Beautiful Terengganu’, pada kedua-dua tin minuman berkenaan, sesuai dengan Tahun Melawat Terengganu 2017 (TMT 2017) tahun hadapan.

Katanya syarikat itu kini mampu mengeluarkan antara satu juta dan dua juta tin sebulan dari kilangnya yang beroperasi di Nilai, Negeri Sembilan.

“Kedua-dua minuman itu akan berada di pasaran Terengganu pada Januari depan dan dijangka memasuki psaran Kelantan dan Pahang pada Jun,” katanya.

Beliau berkata minuman itu berpotensi dieksport ke Indonesia, Australia dan negara di Timur Tengah menerusi uruselia eksport FAMA.

“Kami yakin produk itu boleh menembusi pasaran luar negara, terutama setelah kilang kami di sini (Kampung Tirok, Marang), yang bernilai RM10 juta, siap sepenuhnya tahun hadapan,” katanya.

Abdul Madik berkata syarikat itu sebelum ini menghasilkan pelbagai minuman dan makanan berasaskan ‘simerah sejuta khasiat’ itu seperti minuman roselle kordial serta pati roselle. – BERNAMA

Tags: MAHA 2016Syarikat Ai Agro Star Holding Berhad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MAHA 2016 Beri Nafas Baharu Bidang Pertanian Negara

16/12/2016
0

KUALA LUMPUR - Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016, yang berakhir Ahad lepas, dilihat berjaya membuka...

Perak Menang Pavilion Terbaik MAHA 2016

12/12/2016
0

KUALA LUMPUR - Pavilion Perak diumumkan sebagai pemenang pavilion negeri terbaik sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd