• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syed Redzuan Berhasrat Tawan Gunung Everest

oleh Ahmad Albab
05/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Allahyarham Syed Redzuan Syed Salim Shatri, pendaki Malaysia yang maut di Gunung Damavand, Iran, berhasrat menawan puncak tertinggi dunia, Gunung Everest, di Nepal.

Pendakian di Gunung Damavand adalah antara persediaan fizikalnya untuk menawan Everest dalam tempoh dua tahun lagi, kata anak bongsu pendaki itu, Syed Syaqir Adhli, 18.

Beliau berkata minat bapanya dalam bidang pendakian bermula sejak dua tahun lepas dan aktiviti berkenaan turut disertainya bersama-sama dua abangnya, Syed Shafwan Redhauddin Shatri, 24, dan Syed Syauqi Ashraff Shatri, 23.

“Setiap kali ayah hendak mendaki gunung, beliau akan ajak kami tiga beradik untuk sertainya…di situlah timbul hobi mendaki kami.

“Kami berjaya mendaki Gunung Kinabalu baru-baru ini,” katanya kepada pemberita selepas jenazah Syed Redzuan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn di Cheras di sini, hari ini.

Urusan pengebumian itu, yang selesai sekitar 3.30 petang, didahului solat jenazah yang diimamkan Syed Syaqir Adhli di Masjid Bandar Tun Hussein Onn.

Jenazah Syed Redzuan diterbangkan dari Tehran, Iran dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 10.30 pagi tadi.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan ketika anggota keluarga dan sahabat handai memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Syed Redzuan.

Dalam pada itu, Syed Shafwan Redhauddin Shatri mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) bapanya di kawasan pergunungan itu.

“Saya rasa bersyukur kerana jasad ayah ditemui di gunung itu selepas enam hari operasi SAR dijalankan. Apa yang saya minta kepada rakyat Malaysia (ialah mendoakan) agar kawan ayah (yang masih) hilang, dapat ditemui.

“Kali terakhir saya jumpa ayah ialah ketika sertai acara Ironman di Langkawi sebelum beliau ke Tehran. Kami akan merinduinya,” katanya.

Selain tiga anaknya, Syed Redzuan, 50, turut meninggalkan isteri Yuszahanim Yusoff.

Syed Redzuan dan Ramli Abd Majid, 44, dilaporkan hilang di gunung setinggi 5,610 meter itu pada 20 Nov lepas setelah mereka terpisah daripada anggota kumpulan pendaki yang lain. – BERNAMA

Tags: Everestpendaki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

11/07/2024
0

RANAU: Seorang pelancong warga Singapura parah selepas tergelincir di kilometer 8.3, Summit Trail, ketika menuruni puncak Gunung Kinabalu, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd