BEIRUT – Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengutuk tindakan militan Negara Islam (IS) memancung kepada pekerja bantuan Amerika, Peter Kassig dan menyifatkannya sebagai ‘perbuatan kejam’ selepas kumpulan terbabit mengeluarkan video menunjukkan mayatnya semalam.
Ibu bapa Kassig menyatakan kekecewaan di atas kehilangan anak mereka itu selepas IS menunjukkan rakaman video berkenaan sebagai amaran kepada Washington yang sedang membuat persediaan untuk menghantar lebih ramai anggota keselamatan ke Iraq.
“Kami kecewa apabila mendapat maklum bahawa anak lelaki kami, Abdul-Rahman Peter Kassig, hilang nyawanya berikutan kesayangannya terhadap rakyat Syria dan hasratnya untuk meringankan penderitaan mereka,” kata Ed dan Paula Kassig dalam kenyataan yang dimuat naik ke akaun Twitter.
Kassig, yang menggunakan nama Abdul-Rahman selepas memeluk Islam, ditawan tahun lalu dan diancam dalam video pada 3 Oktober lalu yang menunjukkan pekerja bantuan dari Britain, Alan Henning dipancung.
“Abdul-Rahman ditawan oleh kumpulan pengganas yang dianggap oleh dunia sebagai tidak berperikemanusiaan,” tegas Obama dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Rumah Putih dari pesawat Air Force One ketika beliau sedang dalam perjalanan pulang dari lawatan ke Asia.
Video itu juga menunjukkan sekurang-kurangnya 18 orang yang dikatakan anggota tentera Syria, juga dipancung. – AFP
…..
Kini, kisah Peter Kassig yang dipancung meskipun sudah memeluk Islam dan berada di Syria semata-mata untuk membantu rakyat sana namun dibunuh militan IS disebarkan dengan hangat ke laman berita seluruh dunia.
http://www.youtube.com/watch?v=oedq-PMTh-w
Bagaimanapun, pemeriksaan kami mendapati tidak ada video yang benar-benar sahih menunjukkan saat kepala Kassig telah dipancung jadi sejauh mana kebenaran berita ini sebenarnya masih boleh diragukan.
http://www.youtube.com/watch?v=8LcjYbR9NGg
BACA JUGA INI DAN FIKIR-FIKIRKAN: Obama Lulus Penghantaran 1,500 Tentera Ke Iraq
– MYNEWSHUB.CC
