• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perodua Global Keluarkan Kenderaan Ke-250,00

oleh AK-47
05/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd (PGMSB), cabang pembuatan kenderaan canggih di bawah kumpulan Perodua, mengeluarkan kenderaan ke-250,000 baru-baru ini, sejak ia mula beroperasi pada Ogos 2014.

Menurut kenyataan Perodua, daripada jumlah itu, 85 peratus ialah model Axia (sejak Ogos 2014) dan 15 peratus pula merupakan model Bezza (sejak Jun 2016).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh berkata ia merupakan satu pencapaian bersejarah bagi seluruh kumpulan Perodua.

“Ini kerana warga kerja PGMSB telah bekerja keras untuk memastikan bahawa pesanan pelanggan kami dapat diserahkan dalam tempoh masa yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan itu.

Menurut Perodua, syarikat itu menjual sebanyak 167,000 kenderaan bagi tempoh 10 bulan pertama 2016, dengan 44.2 peratus adalah model Axia, diikuti model Myvi sebanyak 24.9 peratus, Alza pula 17.3 peratus, dan Bezza sebanyak 13.6 peratus(sejak Julai 2016).

Mengenai model keluaran terbaru iaitu Bezza, Perodua telah menyerahkan lebih 22,000 unit sejak ia dilancarkan Julai lepas dan tempoh menunggu bagi model tersebut adalah kurang dari dua minggu selepas pinjaman kenderaan diluluskan oleh institusi kewangan, menurut syarikat itu.

Aminar berkata, Perodua sedang memaksimumkan penghantaran semua pesanan pelanggan sejajar dengan ikrar Perodua untuk menjadi pengeluar kereta kompak yang dapat menyerahkan kenderaan kepada pelanggan tepat pada masa.

PGMSB yang ditubuhkan pada 26 Feb, 2013 merupakan usaha Perodua untuk menjadi jenama automotif berdaya saing di peringkat global dan ia merupakan sebahagian daripada inisiatif transformasi syarikat itu.

Kilang PGMSB juga diperakui cekap tenaga oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri kerana menggunakan tenaga yang minimum serta bahan kimia yang mesra alam.

PGMSB mempunyai 2,150 kakitangan dan mampu menghasilkan 200,000 unit kenderaan setahun dengan dua syif kitaran kerja. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Aminar Rashid SallehPerodua
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perodua Traz 2026 Dikhabarkan Bakal Dilancar Minggu Hadapan

Perodua Traz 2026 Dikhabarkan Bakal Dilancar Minggu Hadapan

14/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Dunia automotif tempatan kembali hangat apabila sebuah model baharu yang didakwa sebagai Perodua Traz 2026 mula tular...

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

25/09/2025
0

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd