• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Akan Tempatkan Pegawai Di Cameron Highlands

oleh Ahmad Albab
16/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas mendapat desakan ramai pihak, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akhirnya membuat keputusan untuk menempatkan pegawai pasukan itu di Cameron Highlands, Pahang bagi memantau aktiviti pencerobohan tanah yang disyaki membabitkan elemen rasuah di situ.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull berkata, agensi itu berharap kehadiran pegawai SPRM dapat meningkatkan pengawasan dan pemantauan agar jenayah rasuah di Cameron Highlands dapat ditangani secara holistik.

“Mereka yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada SPRM dan memberi sokongan padu bagi menangani isu serius di kawasan tersebut.

“Sementara penempatan pegawai secara tetap di kawasan Cameron Highlands diluluskan kerajaan, SPRM akan meletakkan pegawainya secara sementara secepat mungkin. SPRM akan terus meningkatkan pengesanan jenayah rasuah dengan kerjasama agensi-agensi lain,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Shukri seterusnya berkata, SPRM mengenal pasti antara isu yang timbul dalam aktiviti pembukaan kawasan pertanian secara haram kerana tiada pusat khusus dan sistematik untuk orang ramai membuat aduan kepada agensi itu berhubung gejala rasuah dalam aktiviti tersebut.

Beliau bagaimanapun mengakui SPRM menerima aduan dan maklumat dari semasa ke semasa berhubung aktiviti pencerobohan tahan secara haram itu tetapi agensi berkenaan menghadapi masalah kekurangan bukti yang kukuh.

Menurutnya, hal itu disebabkan kekurangan bukti tetapi SPRM menerusi Bahagian Pemeriksaan dan Perundingannya telah menjalankan pemeriksaan untuk mengenal pasti punca-punca yang membawa kepada isu di Cameron Highlands.

Beliau turut memberi jaminan SPRM akan meneruskan siasatan susulan aduan dan maklumat yang diterima dari semasa ke semasa dan menyambut baik kenyataan Kerajaan Pahang untuk melaksanakan syor-syor dikemukakan oleh SPRM bagi menangani isu Cameron Highlands.

“Beberapa syor yang dikemukakan oleh SPRM telah pun diambil kira oleh Kerajaan Negeri Pahang untuk dilaksanakan. Pada masa yang sama, SPRM juga menyambut baik langkah penyelesaian yang diputuskan oleh Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara dan Kabinet.

“Pendirian Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Persekutuan ini menunjukkan bahawa isu Cameron Highlands memerlukan pendekatan holistik dan kerjasama padu semua pihak, bukan hanya di pihak SPRM semata-mata,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: Cameron HighlandsSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd