• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tragedi!! Dua Lelaki Maut, Seorang Parah Nahas Di Raub

oleh Ahmad Albab
17/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas PROTON Satria yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 362 Jalan Kuala Lumpur-Kota Baharu, dekat Raub hari ini.

Dalam kejadian pada 7.45 pagi itu, pemandu kereta, Sharul Firdaus Abdul Latif, 23, berasal dari FELDA Tersang, Raub dan penumpang hadapan, Muhammad Norhaffis Ansari, 24, beralamat di Kampung Pulai, Batu Malim, Raub, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Raub, DSP Abdul Rahim Abdul Razak, berkata rakan mereka, Muhamad Saiful Amirul Rosli, 18, dari Kampung Gong Pak Jin, Mengabang Telipot, Kuala Terengganu, cedera parah akibat kedua-dua tangannya patah.

“Ketika nahas, semua mereka sedang dalam perjalanan dari Raub menghala ke Bentong dan kenderaan terbabit dipercayai terbabas sebelum masuk ke dalam longkang konkrit di kiri jalan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Abdul Rahim berkata, siasatan awal mendapati keadaan jalan adalah lurus dan pemandu turut memiliki lesen memandu sah.

Katanya, polis turut mengambil sampel darah mangsa yang terlibat untuk ujian dadah dan alkohol.

Mayat dihantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera mendapat rawatan di hospital sama. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd