• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Stesen TV Minta Maaf Beri Tip Mekap Tutup Kesan Dera

oleh
03/12/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RABAT – Sebuah rancangan televisyen di Maghribi terpaksa meminta maaf kerana menyiarkan tip panduan yang betul menggunakan mekap untuk menutup tanda-tanda penderaan rumah tangga.

Program TV dipanggil ‘Sabahiyat’ (atau pagi dalam bahasa Arab) yang memaparkan isu-isu wanita sebelum itu dilemparkan pelbagai kritikan apabila ramai menyifatkan segmen tersebut sebagai ‘kesilapan dalam pengadilan’.

Rancangan harian untuk wanita berkenaan, yang juga dimuat naik secara online, meminta maaf setelah menerima pelbagai kecaman menerusi media sosial serta petisyen daripada ramai wanita yang marah dengan tindakannya itu.

Segmen dalam program ‘Sabahiyat’ tersebut menunjukkan wanita “cara mekap yang boleh anda gunakan untuk menutup lebam di wajah anda” sempena Hari Antarabangsa untuk Menghapuskan Keganasan Terhadap Wanita.

moro1

Slot dimuat naik atas talian itu juga diturunkan, namun satu petisyen oleh hampir 2,000 orang dihantar kepada Penguasa Tinggi Maghribi bagi Perhubungan Audiovisual, yang kemudian mengadakan mesyuarat baru-baru ini.

Rancangan tersebut yang disiarkan menerusi saluran stesen penyiaran awam 2M, itu menyatakan bahawa ‘Sabahiyat’ sudah disiarkan hampir enam tahun, dan sentiasa menyentuh “setiap isu yang penting” bagi wanita.

“Keprihatinan kami hanya satu: untuk pertahan hak wanita. Bagi pihak pasukan Sabahiyat, kami 2M, dengan ikhlas minta maaf dan kesal segmen kecantikan yang disiarkan pada Rabu, serta merupakan kesilapan pada pertimbangan.

“Kami meminta anda memahaminya dan pihak 2M komited untuk lebih berhati-hati bagi setiap program terbitan stesen penyiaran kami selepas ini,” menurut kenyataan pihak penerbitan rancangan bual bicara popular tersebut.

Stesen TV Minta Maaf Beri Tip Mekap Tutup Kesan Dera

Stesen 2M juga menyatakan ia akan sentiasa “mengambil langkah perlu terhadap mereka yang bertanggungjawab atas kesilapan tersebut serta untuk memperkukuhkan lagi penyeliaan dan kawalan kami tentang hal ini”.

Mereka turut menggariskan “komitmen berterusan stesen berkenaan selama 27 tahun untuk mempertahankan hak-hak wanita.” Stesen berpusat di Casablanca, bandar raya terbesar Maghribi itu dapat diikuti di rantau Timur Tengah.

2M yang sahamnya dikuasai pihak kerajaan dan Raja Maghribi, Mohammed VI sendiri turut dapat ditonton dalam bahasa Perancis, Berber selain Arab malah diikuti secara digital menerusi tiga satelit pemancar antarabangsa.

Untuk rekod, Maghribi tiada sebarang undang-undang bagi keganasan rumahtangga dan kes penderaan terhadap wanita berleluasa, menurut badan pemantau antarabangsa Human Rights Watch. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Maghribi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PBAPP Lakukan Operasi Pembenihan Awan Di Empangan Air Itam Dan Teluk Bahang

Mawla Amin Bukan Warga Maghribi

27/02/2024
0

RABAT - Teka-teki tentang status sebenar kewarganegaraan Mawla Amin atau nama sebenarnya, Mohamed Amin Ouradji akhirnya terjawab apabila Maghribi mengesahkan...

Gempa Bumi Di Maghribi: Malaysia Tawar Bantuan

Gempa Bumi Di Maghribi: Malaysia Tawar Bantuan

10/09/2023
0

Kuala Lumpur : Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan menghubungi rakan sejawatannya, Menteri Hal Ehwal Luar Maghribi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd