Polis berjaya memberkas seorang penagih dadah berusia 26 tahun yang turut didakwa melakukan penyamaran sebagai anggota polis dan merogol seorang gadis berusia 14 tahun di Taman Sri Andalas, Klang.
Memetik laporan The Star Online, difahamkan suspek sedang minum di kawasan berkenaan pada Jumaat lepas kira-kira pukul 11 pagi apabila ternampak satu pasangan remaja.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata suspek dikatakan memakai sehelai vest yang mempunyai logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghampiri pasangan itu dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
BACA – Ye Ke Rogol… Lelaki Dakwa Wanita Paksa Seks Secara GanasÂÂ
“Pasangan lelaki remaja melarikan diri dan meninggalkan rakan perempuannya berseorangan.
“Suspek kemudian mengugut akan menahan perempuan itu kecuali dia bersedia melakukan hubungan seks dengan suspek,” kata ACP Kamarul Zaman.
Menurut beliau, gadis remaja itu kemudian bersetuju memuaskan nafsu suspek kerana takut ditahan.
Suspek merogol remaja perempuan berusia 14 tahun itu di belakang semak-samun di kawasan sama.
“Orang ramai yang melalui kawasan itu, terserempak dengan mangsa dan menemaninya membuat laporan polis,” katanya.
Pasukan polis menyerbu sebuah bengkel di Taman Perindustrian Jalan Young di Pandamaran tidak beberapa lama selepas laporan polis berkenaan dibuat dan memberkas suspek.
ACP Kamazul Zaman berkata, suspek ada cuba melarikan diri ke tingkat atas bangunan mengelak daripada ditahan tetapi berjaya ditangkap pada kira-kira pukul 12.20 tengah malam.
“Kami merampas sehelai vest PDRM dan pakaian yang dipercayai dipakai ketika merogol gadis berkenaan.
“Pihak polis juga merampas satu telefon bimbit, berkemungkinan milik mangsa,” katanya.
Polis juga merampas sebuah motosikal EX5 berwarna merah yang telah dilaporkan hilang di Pandamaran awal tahun ini. – MYNEWSHUB.CC

