• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, December 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PUNB Fokus Peruntukan RM200 Juta Sektor Strategik

oleh Ahmad Albab
03/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) menetapkan supaya fokus peruntukan RM200 juta yang diterima dalam Bajet 2017 disalurkan kepada sektor strategik program usahawan dalam industri pertengahan dan ke atas, yang masih kurang dengan penglibatan Bumiputera.

Pengerusi PUNB Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata pembiayaan itu akan meliputi perkhidmatan profesional, bidang tinggi seperti kejuruteraan dan automotif serta pembuatan produk berkualiti berkaitan sains dan teknologi.

Bercakap kepada Bernama di luar Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini, beliau berkata peruntukan itu bakal memberi manfaat kepada 400 usahawan Bumiputera di seluruh negara.

“Kemudahan bantuan akan disalur menerusi lima skim PUNB,” katanya sambil menjelaskan bahawa ia melibatkan skim PROSPER Runcit, PROSPER Pemborong, PROSPER Usahawan Muda, PROSPER Teras dan skim untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Menurutnya PUNB bersedia memberikan pinjaman kepada mereka yang mempunyai projek perniagaan dan produk berkualiti untuk dikembangkan.

“Ini termasuklah mereka yang mendapat kontrak daripada projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR), pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) dan Petronas,” katanya.

Mohd Ali turut menyarankan usahawan Bumiputera supaya berganding bahu meneroka pasaran secara bersama, sekiranya perlu, demi meningkatkan daya maju dan daya saing tinggi industri dalam mengharungi cabaran ekonomi ketika ini.

Dalam pada itu, beliau berkata PUNB sedang mengemaskinikan maklumat berkaitan lebih 6,000 usahawan bumiputera untuk dimasukkan dalam direktori bertulis dan dalam talian.

“Dalam senarai PUNB, kita ada banyak pembuat dan pembekal berkualiti tinggi seperti syarikat pembuat bingkai pintu, penyenggara kapal terbang, pelantar minyak dan gas, lori dan kontena, automotif mewah, pembekal tayar dan lain-lain.

“Direktori bertulis dan dalam talian terkini yang lengkap akan membolehkan maklumat mereka mudah diketahui umum,” jelasnya. – BERNAMA

Tags: PUNB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PUNB Serah Zakat Perniagaan RM100,000 Kepada MAIPS

21/09/2018
0

KANGAR - Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM100,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat...

PUNB Nafi Tuduhan Disebar Dalam E-mel Layang

20/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Datuk Azhar Ahmad hari ini menafikan e-mel fitnah yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd