• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Puskas FIFA: FAM Ucap Tahniah Kepada Mohd. Faiz

oleh Ahmad Albab
03/12/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengucapkan tahniah kepada pemain Pulau Pinang, Mohd. Faiz Subri kerana muncul antara tiga calon utama bagi Anugerah Puskas FIFA 2016 susulan jaringan ajaibnya.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin mengucapkan terima kasih kepada pemain itu kerana mengharumkan nama negara di persada antarabangsa selepas muncul pendahulu dalam senarai undian pusingan pertama yang berakhir hari ini.

“Bagi pihak FAM, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Faiz kerana dipilih antara tiga finalis anugerah tersebut. Saya harap semua rakyat Malaysia akan terus mengundi untuk beliau merangkul anugerah itu,” katanya kepada Bernama, malam Jumaat.

Mengenai kemungkinan FAM memberi ganjaran, Hamidin berkata: “FAM akan memutuskannya kemudian bagi menghargai kejayaan itu.”

Beliau turut menyatakan pegawai FAM akan mengiringi Mohd. Faiz untuk majlis anugerah itu yang akan diadakan sempena Anugerah Bola Sepak FIFA di Zurich, Switzerland, 9 Januari depan.

Selain Mohd. Faiz, dua lagi finalis ialah Johnath Marlone, pemain kelab Corinthians dari Brazil dan pemain wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela.

Selepas undian pusingan ditutup hari ini, tiga finalis itu akan melalui proses undian kedua yang bermula hari ini sehingga tarikh tutup pada hari anugerah itu di Zurich, 9 Januari nanti.

Sementara itu, pengurus baharu skuad ‘Black Panthers’, Zairil Khir Johari berkata kejayaan Mohd. Faiz adalah hasil sokongan semua rakyat Malaysia dan peminat bola sepak dari seluruh dunia yang kagum dengan jaringan itu.

“Kami harap semua rakyat Malaysia terus menyokong dan mengundi Mohd Faiz kerana beliau telah melakar sejarah sebagai orang pertama di Malaysia dan juga dari rantau ini dinamakan sebagai calon untuk anugerah itu,” katanya.

Beliau berkata Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) juga berharap pencapaian Mohd. Faiz itu akan menjadi motivasi untuk semua pemain remaja dan profesional.

“Menang atau kalah di Zurich tidak kisah kerana di mata persatuan dan seluruh rakyat Malaysia, Mohd. Faiz adalah juara dalam hati kita,” katanya sambil menambah FAP sedang membincang ganjaran untuk pemain tersebut.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM), Ahmad Khawari Isa turut memuji pencapaian Mohd. Faiz.

“Bagi jaringan ajaibnya disenarai pendekkan antara tiga calon Anugerah Puskas semenangnya pencapaian bersejarah khusus bagi Mohd. Faiz dan bola sepak negara amnya.

“Kewartawan sukan negara bangga dengan beliau dan saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia untuk terus menyatakan sokongan dengan mengundi Mohd. Faiz pada pada pusingan kedua bagi memastikan beliau dapat membawa pulang anugerah itu ke tanahair,” katanya. – BERNAMA

Tags: Faiz SubriFAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd