• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mia Ahmad Nikah Pemain JDT, Izham 13 Januari Ini

oleh AK-47
03/12/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON jelita berhijab, Mia Ahmad mengesahkan dirinya bakal menamatkan zaman solo dengan penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Mohd. Izham Tarmizi Roslan, pada 13 Januari ini.

Menurut Mia, majlis pernikahannya itu akan berlangsung di Taiping, Perak, sementara majlis resepsinya pula akan diadakan Kelab Golf Taiping pada keesokan hari.

Mia Ahmad Nikah Pemain JDT, Izham 13 Januari Ini

Pengumuman itu dibuat oleh Mia, 28; sambil ditemani kekasih hatinya, Izham, 25′ dalam satu sidang media di Kuala Lumpur, petang semalam.

“Kami sepatutnya bernikah lebih awal, tetapi perancangan itu terpaksa dianjakkan apabila Izham terikat dengan komitmen kerja.

“Alhamdulillah, perancangan yang dibuat sejak beberapa bulan lalu sudah hampir 80 peratus sempurna,” katanya.

Mengimbas kembali detik perkenalan mereka, Mia memberitahu, mereka berkenalan sejak setahun lalu, namun hubungan mereka mulai serius sejak beberapa bulan lalu.

“Kami bersua buat kali pertama pada November tahun lalu ketika saya menjalani penggambaran di JB (Johor Bahru). Kami diperkenalkan menerusi kawan.

“Pada mulanya, saya langsung tidak tahu Izham adalah bintang bola sepak kerana saya tidak mengikuti perkembangan sukan itu.

“Selepas pertemuan itu, kami tidak pernah berhubungan sehinggalah Izham menegur saya di laman Twitter.

“Sesekali, saya akan membalas sapaannya dengan jawapan ringkas dan ada ketika, saya mengabaikan saja.

“Tidak sangka pula, peminat yang menyedari perkara itu mula mengusik hingga ia menjadi perhatian. Hanya selepas melakukan carian di Internet, baru saya tahu identiti sebenar Izham,” katanya yang tidak melakukan adat bertunang.

Dalam pada itu, Izham akui tidak mudah untuk memikat hati pelakon cantik itu.

Mia Ahmad Nikah Pemain JDT, Izham 13 Januari Ini

“Sejak awal, saya tahu Mia adalah pelakon kerana pernah menonton drama Hati Perempuan. Saya meminati personaliti dan gaya pemakaiannya, namun tidak sangka dapat bersua depan mata ketika Mia menjalani penggambaran di JB.

“Selepas mengenalinya dan hubungan kami semakin akrab, saya dapati Mia begitu memahami selain manja. Saya selesa mendampinginya. Selepas berumahtangga, saya tidak akan menghalang minat Mia untuk meneruskan kerjaya lakonan,” kata Izham.

Pasangan ini turut mengadakan sebuah majlis di Kuala Lumpur pada akhir Januari ini, manakala majlis di pihak pengantin lelaki pula akan diadakan di Marang, Terengganu.

Sumber: Harian Metro

Tags: Mia AhmadMohd Izham Tarmizi Roslan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mia Ahmad Selamat Bersalin Anak Lelaki

28/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Mia Ahmad selamat melahirkan bayi sulung lelaki pada pukul 11.15 pagi tadi di sebuah pusat perubatan...

Mia Ahmad, Suami Sambut Syawal Sederhana

13/06/2018
0

KETIKA sebilangan orang memilih untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan meriah, berbeza pula bagi pelakon Mia Ahmad dan suami yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd