• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kisah Bekas Askar Alami 18 Bulan Jadi ‘Hantu’

oleh Ahmad Albab
02/12/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Seorang bekas askar Britain disahkan menghidap sejenis penyakit otak yang nadir serta menyebabkan dia percaya dirinya sudah meninggal dunia dan menjadi hantu.

Warren McKinlay, 35, disahkan menghidap sejenis penyakit yang dikenali sebagai Sindrom Cotard selepas terbabit dalam satu kemalangan motosikal pada 2005 yang hampir membunuh dirinya.

McKinlay yang berasal dari Braintree, Essex dekat sini berkata, kemalangan itu menyebabkan dia mengalami kecederaan serius termasuk di bahagian kepala dan dirawat di sebuah hospital tentera.

“Pada waktu itu ramai askar British yang cedera dalam perang di Afghanistan dirawat di hospital sama.

“Setiap hari saya melihat ada askar yang mati dan ramai juga kehilangan anggota badan,” katanya.

Menurutnya, selepas beberapa bulan dirawat di hospital dia akhirnya sembuh dan dibenarkan pulang tetapi mula berkelakuan ganjil.

“Kerana sering melihat kematian ketika di hospital, saya secara perlahan-lahan percaya saya juga sudah mati dan menjadi hantu.

“Saya juga tidak makan kerana percaya tiada gunanya saya makan akibat sudah meninggal dunia,” jelasnya.

Menurutnya, penyakit itu menyebabkan dia sering mengasingkan diri dan tidak bercakap dengan isteri serta anak-anaknya kerana percaya dia sudah menjadi hantu.

Katanya, keadaan itu berlarutan selama 18 bulan sebelum dia kembali pulih selepas menjalani rawatan psikologi.

Seorang pakar berkata, Sindrom Cotard sangat jarang berlaku dengan kebarangkalian satu dalam satu bilion.

Menurutnya, penyakit itu boleh membawa maut kerana pesakit tidak mahu makan apabila menyangka mereka sudah mati. – Agensi/myMetro Online

Tags: askarHantu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Dirasuk Beramai-ramai

Pekerja Kilang Dirasuk Beramai-ramai

01/12/2025
0

OLEH MYNEWSHUB  CIANJUR, 1 Disember 2025 – Suasana kecoh tercetus di sebuah kilang pengeluaran boneka, PT Aurora World di Sukaluyu,...

Saksi Sangka Zayn Rayyan Hilang Kerana Disorok Hantu

Saksi Sangka Zayn Rayyan Hilang Kerana Disorok Hantu

06/02/2025
0

PETALING JAYA : Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, hari ini bahawa dia pada awalnya menyangka Zayn Rayyan Abdul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd