GEORGE TOWN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang sedang mengesan seorang anggota polis untuk menghadiri perbicaraan satu kes di Mahkamah Rayuan.
Pihak SPRM mahu mengubungi Mohamad Izranazezi Ismail, 28, dari Kampung Lalang, Batang Merbau, Tanah Merah, Kelantan.
Dalam satu kenyataan, SPRM berkata anggota tersebut dikehendaki hadir di mahkamah pada 9 Dis ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung individu berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, K.Tavamalar di talian 04-2271982. – BERNAMA

