• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Mangsa Dera Diberi Rawatan Psikiatri

oleh Ahmad Albab
01/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa dera teman lelaki ibunya akan diberi rawatan psikiatri untuk menilai tahap trauma yang dialaminya, kata Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail.

Beliau berkata kanak-kanak berusia empat tahun tersebut yang kini sedang dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani menunjukkan proses pemulihan positif sejak dimasukkan ke wad pada 24 Nov lalu.

“Dia semakin pulih dan boleh membuka kedua-dua belah matanya selepas bengkak di bahagian mata dan mukanya surut.

“Kanak-kanak ini juga diletakkan di bawah penjagaan Pakar Psikiatri Kanak-Kanak bagi menilai tahap trauma yang dialaminya serta merancang rawatan yang diperlukan antaranya dengan menjalani “art therapy”,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata Pakar Telinga Hidung dan Tekak turut memberi penjagaan dan merancang untuk menjalankan ujian pendengaran sebelum kanak-kanak terbabit dibenarkan keluar dari hospital.

“Dia telah dapat menyesuaikan diri bersama jururawat yang merawatnya di dalam wad berbanding keadaannya yang trauma melihat orang dewasa sebelum ini,” kata Dr Norhizan.

Sementara itu beliau berkata keputusan untuk membenarkan kanak-kanak terbabit keluar dari hospital akan dibuat selepas berbincang dengan pihak pelindung kanak-kanak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kes tersebut terbongkar apabila Khamis lalu, pihak polis pada mulanya menemukan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dibungkus dengan toto dan diletakkan di dalam tong ikan di sebuah flat di Sungai Petani. – BERNAMA

Tags: kanak-kanakKes dera
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

05/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun diselamatkan selepas disyaki didera ibu kandungnya hingga cedera parah di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd