• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja 19 Tahun Gadis Hijab Pertama Sertai Ratu Cantik

oleh AK-47
30/11/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON DC – Seorang remaja Muslim berusia 19 tahun dari St. Cloud, Minnesota, Amerika Syarikat (AS) menjadi gadis berhijab pertama menyertai pertandingan ratu cantik Miss Minnesota.

Halima Aden, seperti semua peserta lain terpaksa mengharungi beberapa cabaran dalam pertandingan tersebut antaranya mengenakan pakaian mandi.

Menerusi acara berkenaan, Halima diberi kelonggaran apabila mengenakan burkini iaitu pakaian mandi khusus untuk golongan Muslimah.

Halima antara peserta yang berjaya sampai ke peringkat akhir pertandingan pencarian ratu cantik tersebut dan mahu menggunakan platform berkenaan untuk merubah persepsi serong terhadap imej Islam.

Remaja 19 Tahun Gadis Hijab Pertama Sertai Ratu Cantik

Remaja 19 Tahun Gadis Hijab Pertama Sertai Ratu Cantik

Menerusi satu wawancara di stesen tempatan WCCO-TV, Halima berkata, “Sebelum ini saya menganggap ia sesuatu yang negatif untuk berbeza daripada orang lain.

“Tetapi semakin saya dewasa, saya menyedari kita semua ada keunikan tersendiri yang membuatkan kita menyerlah.

“Tidak sesiapapun sepatutnya tenggelam. Bayangkan betapa membosankan dunia ini jika semua orang sama?”

Difahamkan keluarganya merupakan pelarian Somalia yang tiba di AS ketika dia berusia tujuh tahun.

Malah penglibatannya dalam pertandingan tersebut mendapat sokongan padu daripada ibunya, Rukia Aden.

“Ini memang sesuatu yang baru bagi saya. Saya amat gembira kami hidup di AS dengan rakyatnya bebas dan boleh memakai apa saja dikehendaki mereka,” katanya.

Pencarian ratu cantik itu dimenangi oleh Meridith Gould dari Minneapolis yang akan mewakili negeri itu ke pertandingan Miss USA, tahun depan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Amerika SyarikatberhijabMinnesotaratu cantik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPM Hal Ehwal Agama Kecam Individu Malaysia Sertai Ratu Cantik Transgender

JPM Hal Ehwal Agama Kecam Individu Malaysia Sertai Ratu Cantik Transgender

01/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengecam sekeras-kerasnya tindakan seorang individu yang menyertai pertandingan ratu cantik transgender...

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

31/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Dr. Omar Suleiman hari ini. Menurut laman media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd