• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jurutera Mengaku Tak Bersalah Simpan Hidupan Liar

oleh AK-47
30/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Seorang jurutera didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas sembilan pertuduhan menyimpan pelbagai spesies hidupan liar dilindungi termasuk harimau belang, kucing batu dan burung helang merah.

Mohd Taha Abd Wahab, 50, mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Noridah Adam.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa menyimpan seekor harimau belang betina dan seekor kucing batu di kediamannya di No 7, Lot 1433, Batu 13 3/4 Jalan Sekolah, Kampung Gahal Jaya, Hulu Langat di sini pada pukul 12.30 tengah hari, 19 Okt lalu.

Pertuduhan ketiga hingga kesembilan pula, tertuduh didakwa menyimpan seekor burung helang merah, seekor burung gagak gunung, dua ekor burung Murai Jambul Putih, seekor buaya jenis Schneider’s Dwarf Caiman, seekor pelanduk, seekor burung Tiong Mas dan seekor burung Murai Batu di tempat dan masa yang sama.

Kesemua haiwan itu adalah hidupan liar dilindungi dibawah Jadual Pertama, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Bagi pertuduhan menyimpan harimau belang, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 70(2) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Akta 716) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 dan penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan menyimpan kucing batu pula, dia didakwa mengikut Seksyen 70(1) akta sama yang boleh dihukum denda maksimum RM300,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi empat pertuduhan lain, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 60(1)(a) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tiga lagi pertuduhan, dikemukakan mengikut Seksyen 68(1)(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya dari Jabatan Perhilitan, Munirah Zainol Abidin tidak menawarkan jaminan ke atas tertuduh atas alasan ia kesalahan yang tidak boleh dijamin selain haiwan yang disimpan adalah daripada spesies yang hampir pupus.

“Harimau belang kian pupus di Malaysia dan hanya ada 300 ekor sahaja di hutan di negara kita. Jika tidak dikawal, kemungkinan besar spesies ini akan pupus sepenuhnya,” kata Munirah.

Katanya Malaysia menunjukkan komitmen tinggi dengan membelanjakan wang yang besar bagi memastikan hidupan liar tidak pupus dan ini menunjukkan kerajaan serius membanteras jenayah hidupan liar.

Peguam Zaflee Pakwanteh yang mewakili tertuduh memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin atas alasan tertuduh menghidap pelbagai penyakit termasuk sakit jantung.

Katanya, tertuduh juga menanggung isteri dan empat anak yang masih belajar serta membiayai kos perubatan ibunya yang menghidap strok.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 9 Jan tahun depan untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: jurutera
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jurutera Rugi RM61,450 Ditipu ‘LHDN’

24/04/2022
0

ALOR SETAR: Seorang jurutera kerugian RM61,450 selepas terpedaya dengan sindiket Macau Scam yang mengaku sebagai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),...

Jurutera Ditahan Edar Dadah

11/03/2022
0

Serdang : Seorang jurutera ditahan polis selepas kegiatannya mengedar dadah terbongkar dalam empat serbuan berasingan di premis sekitar Bandar Puchong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd