• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Musim Tengkujuh Tingkat Pendapatan Penangkap Ikan

oleh Ahmad Albab
01/12/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Rezeki musim tengkujuh membawa keuntungan kepada Mohd. Ramdhan Ramlee apabila ikan sungai yang ditangkapnya berjaya menambah pendapatannya.

Mohd Ramdhan, 35, dari Chukai berkata kedatangan musim tengkujuh memberi peluang untuknya menambah sumber pendapatan dengan menangkap ikan sungai yang bertambah bilangannya akibat limpahan air sungai setiap kali musim banjir.

“Alhamdulillah, memang jumlah ikan sungai akan meningkat pada musim seperti ini kerana ikan dibawa arus deras…dalam tempoh lima jam saya mampu menangkap hingga 10 kilogram.

“Ikan sungai memang mendapat permintaan tinggi…saya jual ikan ini dengan harga RM15 sekilogram dan sehari pendapatan saya boleh mencecah hingga RM200,” katanya ketika ditemui Bernama sedang menangkap ikan di sekitar kawasan sungai berhampiran Perumahan Rumah Mampu Milik Teluk Kalong di sini hari ini.

Mohd. Ramdhan berkata antara ikan yang mendapat permintaan tinggi ialah ikan keli, sebarau, puyu, lampam dan temperas.

“Ikan ini saya jual di pasar dan melalui laman sosial seperti Facebook dan aplikasi WhatsApp. Permintaan memang terlalu tinggi… hinggakan adakalanya saya tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan,” katanya.

Mohd. Ramdhan berkata beliau akan menahan pukat sebanyak tiga kali sehari iaitu pada awal pagi sekitar pukul 7 pagi, pukul 3 petang dan lewat malam.

“Memang syukur sangat-sangat diberi limpahan rezeki sebegini sebab saya hanya bekerja sendiri…musim tengkujuh ni lah saya dapat cari rezeki lebih untuk anak-anak sekolah,” kata bapa kepada empat anak itu. – BERNAMA

Tags: musim tengkujuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Empangan Hidroelektrik TNB Sedia Laksana Fungsi Elak Bencana Musim Tengkujuh

Empangan Hidroelektrik TNB Sedia Laksana Fungsi Elak Bencana Musim Tengkujuh

29/11/2022
0

KUALA LUMPUR: Skim empangan hidrolektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu Skim Hidroelektrik Kenyir, Skim Hidroelektrik Sungai Perak dan Skim Hidroelektrik...

Pemuda UMNO Cadang PRU15 Lebih Awal Sebelum Musim Tengkujuh

Pemuda UMNO Cadang PRU15 Lebih Awal Sebelum Musim Tengkujuh

22/09/2022
0

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki bersetuju supaya pilihan raya umum ke-15 (PRU) tidak diadakan semasa musim tengkujuh tahun ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd