• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencuri Malang, 3 Hari Terperangkap Celah Dinding

oleh Ahmad Albab
16/11/2014
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

Longmont (Amerika Syarikat) – Seorang lelaki dikeluarkan dari celah dinding sebuah kedai selepas tersekat selama tiga hari ketika cuba mencuri.

Paul Felyk, 35, teperangkap di celah dinding di bumbung bangunan kedai itu di Longmont, utara Denver.

Pekerja membuat laporan polis kelmarin selepas mendengar bunyi bising.

Bagaimanapun, polis yang datang menyiasat tidak menemui apa-apa.

Keesokannya, pekerja kedai memanggil polis sekali lagi selepas mendengar seorang lelaki menjerit di dalam dinding berkenaan.

Jurucakap polis tempatan Molly Meehan berkata: “Anggota kami berjaya mengesan lelaki itu antara dinding dalam dan luar bangunan itu.”

Anggota bomba terpaksa mengguna gergaji bulat untuk memotong bahagian dalam dinding untuk mengeluarkan Felyk.

Dia kini dirawat di hospital kerana keletihan dan kecederaan pada bahagian bawah badan.

Pegawai penyiasat, Matt Cage berkata, Felyk akan berdepan dengan tuduhan jenayah apabila keluar hospital kelak.

“Dia masih belum ditangkap. Tetapi kami menyiasatnya atas tuduhan cubaan merompak,” kata Cage.

Dia berkata, tempat lelaki itu terperangkap hanya muat untuknya berdiri dan ia amat gelap sementara suhu pula terlalu sejuk. – Agensi

Tags: perompak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perompak Arah Mangsa ‘Bank-in’ Wang Diburu Polis

Perompak Arah Mangsa ‘Bank-in’ Wang Diburu Polis

08/07/2023
0

JAKARTA – Seorang suri rumah di Sumatera Utara, Indonesia terkejut apabila seorang lelaki memasuki rumahnya untuk merompak, lapor laman berita...

Perompak Larikan Peti Besi, Barang Kemas Lebih RM200,000

Perompak Larikan Peti Besi, Barang Kemas Lebih RM200,000

30/06/2023
0

Kuala Pilah : Dua lelaki memecah masuk rumah di Taman Impian Utama, Jalan Melang di sini, semalam dan melarikan peti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd