• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemelut Politik Di Selangor Tak Akan Jejaskan Projek Langat 2

oleh AK-47
04/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kemelut politik di Selangor tidak akan menjejaskan projek pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2, kata Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Mahdzir Khalid. Katanya, sehingga ini, tapak pembinaan dan persiapan projek LRA Langat 2 kini berjalan lancar dan segala urusan jual beli tanah telah pun selesai. “Malah pembelian tiga pemegang konsesi utama dalam industri air di Selangor, kini telah mencapai persetujuan untuk menandatangani perjanjian jual beli bersama Kumpulan Darul Ehsan Berhad, dijangka pada minggu ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Pameran dan Persidangan mengenai Dasar Kehilangan Air di Asia (WLA) di sini, hari ini. Beliau berkata ketiga-tiga syarikat pemegang konsensi iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Puncak Niaga (PNSB), dan Konsortium ABASS manakala Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor (Splash) masih dalam rundingan.

Projek Langat 2, yang tertangguh sejak 2008, dapat diteruskan selepas Selangor bersetuju mengeluarkan kebenaran merancang ‘Perintah Pembangunan’ selepas menandatangani perjanjian persefahaman antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pada 26 Feb lepas. Projek itu antara komponen utama Skim Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor bagi merawat 2,260 juta liter sehari (JLH) air mentah dari Sungai Semantan, Pahang ke Sungai Langat bagi memenuhi keperluan permintaan tambaha bekalan di negeri Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya sehingga 2025. Ia dijangka siap sepenuhnya pada 30 April 2017 secara berperingkat dan menelan kos kira-kira RM3 bilion. Mahdzir berkata, kemelut politik di Selangor tidak seharusnya dibiar sehingga menjejaskan kebajikan rakyat di negeri itu.

“Kita bukan bercakap mengenai PAS, UMNO, DAP, PKR, sekarang kita cakap pasal rakyat di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya yang terpaksa menghadapi masalah dengan gangguan air sehingga kini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Krisis MB Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sengketa Antara PAS & DAP: Mana Satu Azmin Ali Sokong?

01/07/2015
0

UMUM sedia maklum, Pakatan Rakyat (PR) telah berkubur akibat sengketa berlarutan antara dua parti di bawahnya iaitu PAS dan DAP....

Bekas Staf Khalid Ibrahim Diarah Kembalikan Pampasan RM2.6 Juta

05/01/2015
0

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menuntut bekas staf menteri besar terdahulu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar memulangkan kembali pampasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd